Friday, 23 January 2015

RENEWAL INTERNATIONAL PASSPORT IN MALAYSIA YEAR 2015

ANNOUNCEMENT!!!!

Untuk pengetahuan semua, terdapat perubahan yang menggembirakan...especially for me sebab ada penurunan harga bayaran passport antarabangsa. Tarikh kuatkuasa bermula pada 15 Januari 2015.  Sila rujuk kadar baru di bawah ye: 

Umur 13 tahun - 59 tahun = RM200 (sebelum ni RM300) - Jimat RM100 

Umur 60 tahun ke atas dan bawah 12 tahun = RM100

OKU = Free of charge

Selain itu, no more passport Malaysia yang sah laku 2 tahun.. Sekarang semua passport sahlaku 5 tahun. 

  

Happy New Year 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hehe :) Tahu tahu memang pun saya lambat wish.. sebab saya tak berapa sihat, tak berapa senang sebab bz kerja and yang paling penting tak berapa rajin...

Azam? Oh tahun ni memang tak dak azam.. nak carry forward azam2 tahun lepas yang memang tak pernah tercapai.. Doakan saya ye..





Thursday, 14 August 2014

KESIHATAN ITU SATU REZEKI TERINDAH


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435 Hijrah, tanpa sedar cepatnya masa berlalu dari kiraan hari pertama berpuasa pada tahun ini sedar-sedar sudah  sebahagian 10 malam terakhir Ramadhan 1435 hijrah pun berlalu. Sedar-sedar kita telah pun sambut hari raya. Pada kiraan saya masih belum terlewat untuk ucapkan selamat hari raya kerana masih lagi dalam bulan syawal.

Saya nak share sedikit mengenai kesihatan itu satu rezeki. Kita biasanya kalau cakap pasal rezeki lebih fokus kepada duit atau apa2 hadiah or yang kita perolehi sama ada yang kita rancang ataupun secara tak langsung kita dapat. 

Namun begitu, ada satu lagi rezeki yang sangat penting dalam kehidupan harian iaitu nikmat kesihatan. Rezeki ini yang patut dicari dalam kehidupan kita selama bergelar insan di dunia yang sementara ini. 

Allah beri ujian kepada saya pada bulan ramadhan baru-baru ini dengan diberikan demam pada suhu yg tinggi, selsema serta batuk yang sangat kuat sehingga menyebabkan masalah pada satu badan saya.. Alhamdulilah, walaupun ujian ini sangat berat saya terima sehingga diberi suntikan, namun saya gagahkan diri juga untuk penuhi puasa tanpa gagal dan sudah pasti saya lawan arahan doktor untuk tidak berpuasa. Pada hemah saya, Allah maha berkuasa walaupun saya tidak sihat selagi saya mampu saya akan teruskan. Syukur saya berjaya namun tempoh masa demam berlanjutan dari seminggu menjadi dua minggu untuk baik. 

Semasa saya sakit, barulah saya sedar bahawa dalam banyak2 nikmat yang Allah berikan kesihatan yang paling saya dambakan. Ini kerana bila sihat kita dapat melakukan semua aktiviti dengan baik. Otak dapat berfungsi dengan waras, anggota badan berfungsi dengan cergas, kerja dan amanah dapat dipikul dengan baik dan amalan seharian dapat dipenuhi dengan lebih teratur. 

Sapalah saya untuk menyoal kenapa saya diuji dengan masalah kesihatan?, cuma saya bersyukur sentiasa diberi peluang untuk merasa sakit kerana mentality saya berkata selagi Allah berikan ujian sakit maksudnya saya masih dikasihi oleh Allah.


Oleh itu, marilah kita sentiasa menjaga kesihatan kita....sekadar berkongsi cerita.
Me and my sister, nephews and nieces 



Sunday, 29 June 2014

Selamat Menyambut 1 Ramadhan 1435 H

Semoga semua muslimin dan muslimat dpt beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Saya mohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata. 



Monday, 23 June 2014

Vietnamese Roll ala chef Oya


Saya sebenarnya memang sangat gemarkan popia. Oleh itu, apa sahaja yg berbentuk popia akan menjadi kesukaan saya. Paling suka adalah popia basah, kedua popia goreng dan kalau nak ubah selera boleh la cuba vietnamese rice paper roll. 

Vietnamese Roll


Saya diperkenalkan dengan makanan ini dari show2 masakan chef di dalam tv, namun pada masa itu takut untuk mencubanya sendiri. Pada Januari 2013 ketika saya berpeluang ke Ho Chin Min City dan salah satu menu yg saya makan adalah vietnamese roll. Pada ketika itu, saya dihidangkan ikan goreng dan sayurannga adalah timun dan nanas untuk dibalut bersama kulit popiah yang perlu direndam ke dalam air suam. Diaorang panggil vietnamese paper. 

Tp untuk resepi yang saya cuba, saya masak bahan asas inti seperti saya buat popia goreng, saya tambahkan inti telur goreng,cili merah potong dan daun bawang yamg dihiris.

Resepi inti:
Sengkuang
Kacang buncis
Carrot
Jagung (kebetulan masa ni balik cameron jd letak la)
Udang hidup
Bawang merah untuk ditumis bersama sedikit minyak masak
Garam dan gula untuk perasa

P:s: Bahan2 sayur tu ikut suka contohnya kobis pun blh. Saya tak suka mix vege coz kacang peas keras plus carrot dia selalu nampak soggy 

Inti
Cara nak sediakan:
1. Rendam vietnamese rice paper roll ke dalam air suam hanya seketika. Jgn lama kalau 
    lama nanti lembik jd susah untuk digulung.
2. Letakkan semua bahan yg telah disediakan td.
3. Gulung mengikut selera
4. Makan bersama sos thai yg telah sedia untuk dimakan yg blh didapati di pasaraya.


Rice paper roll sebelum direndam
Bahan-bahan siap untuk digulaung
Rupa selepas rice paper roll direndam dan letakkan semua bahan 










Pada saya resepi ni bagus untuk orang2 yang nak diet..kalau tak diet mcm saya blh untuk tukar selera..ok selamat mencuba! Aja-aja fighting..



Annyeong.❤️

Friday, 20 June 2014

Bahasa Korea Part 2

Salam and annyeonghaseyo, nota ini saya tulis untuk diri sendiri. Semoga bermanfaat dan boleh diguna juga untuk orang lain. Hehehe saya tidak la pandai tp sharing is caring..

Untuk hari ni saya nak ulang part 1 punya sahaja on how to say hi and bye2.

1. Hello or hi adalah Annyeonghaseyo
    Semua org tahu masyarakat korea akan sebut annyeonghaseyo untuk semua keadaan 
    especially masa jumpa orang la..to say hi, perkara paling asas kalau kita nak bercakap 
    bahasa korea. Kita blh mulakan dgn "Annyeonghaseyo Oya" ataupun 
    "OyaAnnyeonghaseyo". Harus diingat! kalau lebih tua pd kita jgn sesekali guna 
    annyeong...annyeong hanya unt org lebih muda atau sebaya. Kalau cara cakap begini 
    diaorg panggil informal.

2. Bye-bye adalah Annyeong hi ga seyo atau Annyeong hi gye seyo
    Ucapan selamat tinggal terdiri dlm dua keadaan. Kalau kita yg akan meninggalkan kita 
    guna Annyeong hi gye seyo. Jika org yg melawat kita yg nak pulang dia akan ucapkan 
    Annyeong hi ga seyo. Satu berbunyi (hi gay), satu lagi berbunyi (hi ga). Sama seperti td, 
    ucapan td adalah formal, kalau unt kawan2 kita blh je kita kata "annyeong oya" unt ckp 
    selamat tinggal.

Maaf sekiranya salah statement2 di atas. Saya budak br belajar.

Annyeong hi gye seyo!

Monday, 17 February 2014

Bihun Goreng Singapore


Bihun putih? no coloring? Memang tak semua orang suka bihun ni, tak kurang juga ramai penggemarnya. Macam na la bihun tu dapat nama negara jiran ye? Maybe orang sana ramai chinese oleh itu putih so bihun putih = bihun Singapore.. Hehe dah mula cakap2 nonsense ni. Okla, saya memang minat juga bihun singapore ni jadi sekali sekala nak ubah tekak melayu saya yang sudah terbiasa bihun warna merah. Di bawah ni saya sediakan resepi mudah dan ringkas untuk kawan2 cuba yer:

Bahan-bahan
Bawang putih (3-4 ulas)
Bawang besar ( 1 ulas)
Lada hitam (black paper corn)
Lada sulah (serbuk)
Ayam (200 gm)
Crab stick (3 pcs)
Bihun (sebungkus mini)
Sayuran (carrot, kucai, kubis dan tauge)
Minyak untuk menumis
Oyster sauce (1 sudu)
Gula 
Garam

Cara-cara saya memasak:
1. Tumbuk bawang putih dengan lada hitam
2. Tumiskan bahan tumbuk dengan minyak
3. Goreng ayam yang diperab dengan lada sulah sehingga garing
4. Perasakan dgn oyster sauce, gula dan garam
5. Masukkan bihun dan sayuran keras
6. Masukkan semua sayur kecuali tauge
7. Apabila bihun hampir masak, masukkan tauge, crab stick dan bawang yang dimayang
8. Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama keluarga


Bihun Goreng Singapore ala OYA..


Tuesday, 11 February 2014

M-Learning

Alhamdulilah, baru-baru ni telah terpilih untuk menghadiri kursus secara intensif untuk menyediakan bahan PNP yang lebih up to date. Ada orang panggil e-learning, m-learning, hybrid learning...sah la saya salah seorang yang tak tahu apa pun melainkan Power Point Slide je yang biasa digunakan. 

Penceramah yang dijemput bukan calang2 orang.. Prof Dr Mohamed Amin Embi, UKM. Beliau adalah salah seorang Prof yang telah divote sebagai top 6 out of 215  oleh World Top e-Learning Professional 2013. Menurut Prof, kita boleh mengajar or preparation class before class using blended learning or flipping the classroom. It means, student have to do activities before class using all their senses. The learning material is delivered before the class using video and higher order thinking mode. 

Alhamdulilah ilmu yang dikongsi sangat berguna dan salah satu yang saya berjaya cuba untuk masa yang singkat ini adalah powtoon. Selain itu banyak lagi perisian2 percuma yang boleh digunakan untuk menghasilkan video dan presentation dalam kelas selain power point seperti blendspace, screencasting, padlet, educreations dan lain-lain lagi. So much he shared with us in 2 days workshop. Sila klik pada URL yang diberi untuk tengok hasilnya..walaupun tak seberapa dan tak secanggih mana tp saya sangat gumbira untuk mencuba.   http://www.powtoon.com/p/eamv3Kma922/


-Selamat Mencuba-


Wednesday, 5 February 2014

Salam...

Dah lama saya tidak bermadah dan berbicara dalam blog ini. Bukan tak ingat tapi tak sempat. InsyaAllah kalau ada masa nanti nak tulis tentang dua tempat yang saya suka nak sebut tapi still tak sempat.. walaupun pergi pada tahun lepas 2013 tp still nak tulis catatan destinasi tersebut. Tempat yang bakal disebut adalah
1. Tanjung Piai - Johor
2. Pantai Remis - Kuala Selangor
Nantikan yer penceritaan saya. Walaupun dah outdated pada sesetengah orang tp saya masih nak share...
Sebelum terlewat nak wish Happy New Year 2014 dan Salam Maulidur Rasul...Adios








Monday, 11 November 2013

Kota Kinabalu lagi..


Dalam bulan November dan Disember ni pasti ramai yg berniat unt bercuti, tak kira la cuti untuk habiskan cuti tahunan  yg byk lagi or ambik cuti untuk bawa anak2 dan family berjalan.


Untuk coretan kali ini, saya nak share apa yg boleh dibuat untuk sepanjang di sana besides we all shopping dekat philipines market dan jenjalan di sekitar Suria Sabah..



1. Hotel

Banyak pilihan hotel di KK, dr five star hinggalah ke tak dak star. Namun begitu, kalau saya ke KK pasti saya suka lepak or stay dekat hotel Gaya. Kenapa? Hotel Gayacentre ni bukan lah bergaya mana pun tp sebab nampak permandangan laut plus Sapi Island dan sebelah Suria Sabah. (Senang nak shopping). Belakang hotel blh walking distance to pejabat Air Asia kalau ada masalah blh jalan kaki jer.


2. Pengangkutan

Pengangkutan di sana, oleh kerana saya pergi bercuti kenderaan sya book awal guna internet. Namun bgitu, untuk perjalanan jauh seperti kundasang saya sewa van sekali ngan driver sehari RM100. Selamat tak pyah letih dan lgpun penduduk tempatan dah tau selok belok jalanraya ke tanah tinggi tu.


3. Makanan

Banyak gerai2 di sini so pilih la mana tempat nak makan to brakefast saya suka mkn kat Restoran Sri Rahmat dlm tengah2 pekan KK dekat dgn KFC coz banyak pilihan dan makan malam boleh cuba di tempat sebelah Philipines market malam dan bertukar jd medan ikan bakar. Pesanan saya kena pandai pilih la kedainya coz ada yg sedap ada yg x sedap...hehehe rezeki la yer.


Di bawah ni saya select dan share tempat2 yg blh dipertimbangkan unt pergi once you all sampai KK



Sekitar Kota Kinabalu



Di sini kampung warisan masa kitaorg pergi macam dalam proses membaik pulih jd tak blh masuk just kitaorg usha dari luar jer la. Muzium Sabah ada bayaran masuk:
Malaysia :RM2
International Tourist : RM15
Children and senior citizens : FOC
Open daily from 9 am to 5 pm.


Kat sini pun ada entrence fee:
Malaysian: RM10
Tourist: RM18
Children/Student: RM5
Area: Jalan Telibung otw p Kundasang gak
Open daily from 8am to 10pm


Sekitar Kundasang

1) Ikan Kelah


sangat jinak dan menakutkan...sapa yang berani blh mandi dan kasi ikan2 ni makan. Makanan diaorang ada dijual di kaunter bayaran masuk. Ikan Kelah di kampung Luanti on the way to kundasang guna jalan lain..ahead to simpang lain. Bayaran masuk rasanya RM 10 untuk 30min bagi sesiapa yang ingin mandi manda bersama ikan. Bagi ingin masuk dan tengok ikan sahaja RM3 rasanya macam 10 min sahaja. 


2) Sabah Tea Plantation


Sila abaikan botol sos yer..cer tengok air kat tangan mak saya tu...itu selepas di kacau..kalau presentation masa sampai kat kita gambar air teh 3 layer tu.. sedap minum disitu..minum siap2 coz kalau bancuh sendiri kat umah belum tentu sedap kan... harga tak ingat tp rasanya semua org mampu kot beli tp nak dapat air ni lama gak la kena tunggu maybe susah kot nak buat...nasib baik kawasan sekitar tu cantik dengan pemandangan yang menghijau...cantiknya ciptaanMu ya Allah.

3) Ladang Sapi

Cantik sangat2 permandangan di sini.. rasa macam berada di New Zealand.. berbangga juga coz Malaysia pun ada kawasan macam ni, sujuk dingin aman dan damai rasanya..





Lembu2 ni disiplin, beratur dengan baik sekali nak makan dan diaorang sabar je masa mesin2 ni dok pam dan proses  susu diaorang... Good Job cik lem...



Comei..pandai jaga muka putih2 gebu tak payah makan kolagen 




Ini kawan saya.. dia sangat suka kan haiwan dan tumbuh2an..dia sanggup keluarkan duit unt bagi diaorang ni makan..saya pula ke kedai beli susu diaorang...hehe 


Ni lagi seorang kawan saya..Anak2 dia pun kawan2 saya.. comei kan cara diaorang bergambar...hehehe..seronok jalan ngan diaorang <3<3<3

Monday, 28 October 2013

Book Review: How to avoid common errors in English




Assalamualaikum, today on this book review I will try to write fully in English. Hopefully my write up can be understood.

I always love about books, no matter it is fiction, classic, knowledge, leisure, novels etc. Besides books, I do love reading magazines.

This book was chosen because the rebate 25% for member from Popular Book Store catch my eyes. I just consider this is the best book amongst the rest that comes with promotion. The second reason that I love this book before I bought due to the explaination on it.


With guidelines and explanation

With phonetic and syllables guidelines

I am really proud and I feel great that I chose the perfect book that can improve my second language. I do prefer speaking and writing in Bahasa Melayu due I am truly Malay. What I can say here, this book was written by very responsible and person with english literature background that really wants to protect their English language. The author want all of us to use "CORRECT ENGLISH". With correct English you can fit yourself everywhere for formal situation like business or informal occasions like holiday. With correct English usage it means you have learned and concern about what you are talking and can make favorable first impression.

Before we start reading this book, the author suggest us to do pretest to look at how far you've come. After we get the result for pretest, you can go straight to your sections with errors or you can start each chapter by sequence. For the future reader, each chapter and each section ends with test. When you complete read and review the book and the tests, you are advice by the author to take the review test after one or two weeks.

Fortunately, I done my pretest and quite shocking when I managed to get 8 errors out of 25 questions. Not bad for me as a poor English languages. So all of you should try by yourself...I hope I managed to get over 85% marks for my review tests when I do finish my reading..All the best!

The chapters are:
Chap1: perplexing pronouns
Chap 2: vexing verbs
Chap3: ambiguous Agreement
Chap4: Mangled modifiers
Chap 5: problem prepositions
Chap 6: confused connections
Chap 7: puzzling plurals
Chap 8: mixing up words that sound the same
Chap 9: mixing up words that look the same
Chap 10: mixing up words whose meanings are related
Chap 11: made-up words
Chap12: wasteful words and infelicities
Chap 13: mispronounced words

Enjoy your reading...<3 <3














Thursday, 3 October 2013

Autumn in South Korea


Pada tarikh hari ini 3 Okt 2013 bumi Korea sudah masuk ke musim luruh atau fall. Catatan cerita saya adalah yang saya pergi tahun lepas 2012 November 12-17. Wahhhhh! Dah out dated ceritanya, sorry la tak sempat nak update blog pasal negara Korea Selatan sebab sangat sibuk, oleh kerana tidak mahu tertinggal musim dan beralih ke musim sejuk (winter) saya cuba juga untuk update apa yang berlaku kepada saya sekeluarga sepanjang berada di sana. Maybe dah banyak pertambahan tempat baru boleh dilawati dalam setahun ni. 

Ini catatan perjalanan yang berlaku di sana dan tempat-tempat yang dilawati, saya pergi ke sana dengan travel agency malaysian harmony.  Perjalanan 5 hari 5 malam jer pun. Pada saya sangat gembira ketika berada di sana. InsyaAllah ada rezeki nak pergi lagi coz saya tak berjaya ke Jeju Island!

Day 1- Dari KLIA ke Incheon Airport - Pyeongchang
             (Odusan Unification Observatory dan Nami Island). 
Day 2 - Pyeongchang ke Mt Sorak
             (Mt Sorak (cable car), Daephohang Port and Teddy Bear Farm).
Day 3 - Mt Sorak ke Seoul
              (Everland, Kimchi making, Namdaemun Market).
Day 4 - Sekitar Seoul
            (International Mosque(Itaewon) dan Dongdaemun Market, JUMP Show).
Day 5 - Seoul - Incheon - KLIA
             (Gyeongbok Palace & Sarangchae).

Ada beberapa perkara nak share dengan kawan2 dan nak ingatkan diri sendiri ketika berada di bumi korea:

1. Kebersihan gigi


Penerbangan ke sana menaiki pesawat Korean Air, comei2 belaka stewardess mereka. Tp bukan itu yang nak di share, yang menarik perhatian saya adalah habit orang korea. Mereka ni boleh dikatakan sangat healthy conscious and beauty conscious. Semasa di dalam pesawat setelah selesai makan mereka berebut2 untuk ke bilik air, pelik mulanya kerana bukan untuk memenuhi panggilan alam tetapi masing2 di tangan penuh dengan berus gigi, keadaan yang sama ketika mahu pulang ke tanah air, waktu itu adalah selepas waktu tengah hari semua pekerja airport membawa toiletries masing-masing dan beramai2 memberus gigi di dalam bilik air. Serius saya tak pernah tengok keadaan seperti ini sebelum ni. Maybe makanan diaorang makan adalah kimchi jadi sebab agak berbau sebab pickles food oleh itu diaorang suka berus gigi. (andaian saya sahaja).

2. Bentuk muka bumi

Secara keseluruhan tempat-tempat di sekitar Seoul adalah berbukit bukau atau tanah tinggi oleh itu dari satu tempat ke tempat lain adalah kena mendaki. Jadi, sila kuatkan lutut anda dulu yer!

3. Matawang

Currency dia macam USD, duit kertas paling kecil 1000 won paling besar 100,000 won kalau tak salah la. 1000 won = RM3 lebih kurang la. Pada diaorang RM10,000 tu macam sepuluh ringgit tp pada kita macam RM30. 

4. Kad diskaun

Setiap kedai yang kita kunjungi selalu akan diberikan kad diskaun macam2 rupa, so bila kita nak bayar jadi kita tunjukkan kad diskaun untuk redeem diskaun tu.

5. Membeli belah

Ada tempat membeli belah seperti pasar hari kita boleh lakukan tawar menawar, tapi tempat yang macam di shopping complex memang fixed price la. Cuma satu benda nak cakap diaorang sangat takut nak bagi orang saiz besar try baju. Macam anak saudara saya, dia biasanya pakai saiz M bila pergi sana dia bagi cuba yang saiz L. Pada penelitian saya mungkin diaorang takut rosak kot baju diaorang. Orang penang kata takut meri (loose), situasi ni berlaku di Doota Shopping Cmplx. Apa yang blh dibeli di Korea? Selain cenderahati, banyak benda boleh dibeli kerana semua barangan buatan korea adalah berkualiti tinggi dan harganya boleh dikira mahal setanding dengan kualiti barangannya. Contoh barangan yang biasa pelancong beli adalah produk kecantikan (facial mask, lotion, BB cream- sekarang dah ada CC cream tau dll- check dulu halal ke tak?), kain ela (korean silk), luggage (macam2 design dan rupabentuk), pakaian (ikut musim yang dijual, sweater ada semahal $400,000 won dan ke atas), brooch (pastikan bukan made in China, kalau buatan China murah dan tak berkualiti) dan lain-lain yang berkenan dengan mata dan bajet sila lah beli yer!. 

6. Cuaca

Keadaan cuaca di bumi Korea  Selatan sangatlah bersih. Udara dia sangat fresh sebab tidak berlaku masalah kulit merekah (pecah) walaupun masa musim yang sejuk. Ramalan cuaca yang biasanya dikhabarkan boleh dipercayai, tidaklah nak kata 100% betul. Namun begitu, kalau dikhabarkan akan berlaku hujan memang akan hujan pada hari2 tersebut. Di musim autumn, dicadangkan unt membawa payung sebab kerap kali juga hari hujan. Apa pun rujuk ramalan cuaca dulu yer! 

7. Makanan dan minuman

Makanan di sana ada yang boleh diterima oleh tekak dan tak kurang juga ada yang tak blh dimakan. Tp pesanan saya sesiapa yang susah nak terima makanan bukan kebiasaan blh la bekal bersama serunding, sambal ikan bilis dan paling penting mee maggi. Minuman yang patut dicuba adalah coffee yang dijual di sini, tak kira la apa latte, cappuccino, espresso atau apa namanya kerana coffee di sini sedap. Biasanya Korean akan mengambil minuman yg menggandungi caffeine  setelah selesai makan berat (nasi) dan bukan bersama semasa makan. 

8. Kereta

Malaysia antara salah satu negara yg menjadi pengimport kepada kereta keluaran Korea. Namun begitu biasanya jenama Kia atau Hyundai yang kita biasa nampak di Malaysia. Ada satu jenama kereta yang saya nak share ada di sana, bukan sahaja telefon bimbit jenama samsung, kereta pun ada di sana berjenama samsung. Diaorang sangat setia dengan barangan keluaran mereka jadi most of the cars owned by them are made from Korea.

Ok di bawah ini saya share gambar-gambar saya dan keluarga di sana...


My maple trees, so colorful...
Antara moment paling gembira di sana adalah tangkap gambaq dengan maple tree


DAY 1


Odusan Unification Observatory yang memisahkan North Korea and South Korea

Sekitar OUO.. cer teka apa tu OUO?

Di sekitar Pulau Nami




1. Jetty berlepas, 2. Pulau Nami 3. Rupa boat yg kena naik 5 min unt sampai Pulau Nami 4. Jetty di Pulau Nami dan paling gembira ada bendera Malaysia.

Makan malam hari pertama, sedap mushroom soup, cendawan fresh dari kebun dan pancake..yummy

DAY 2
Dari pandangan di dalam hotel, cantiknya tengok orang berski (Phoenix Park Resort)
Kawasan kampung area Pyeongchang
On the way to Mt Sorak, East Sea yang mendamaikan 
Mt Sorak..Sorak san
Sedap tau lunch ni paling sedap mackerel dan sotong kimchinya plus seaweed.
 
Daepohang Port
Teddy Bear Farm
Dinner

Kumho (Bear) Sorak Resort


DAY 3


R&R - Bersih, selesa dan boleh beli sweet korean pancake yg sedap di sini. 
Kimchi in the making...lalu tak korang nak makan??
cabbage kimchi one out of  200++ types of kimchi
Comei tak kak ton?? Kak ya laa..
Sekitar Everland..best tp tak cukup jalan walaupun 4 jam..

Ni rupa tiketnya...semua Theme World blh masuk !

DAY 4
Masjid di Itaewon - sangat tinggi bukitnya untuk didaki tp semua fasiliti ada. Alhamdulilah walaupun lebih ramai foreigner yg bersolat di sini namun ada juga rumah Allah di bumi Korea.
Cantik kan dlm masjidnya..

Dalam kawasan masjid ada sekolah nie.
Lunch di Itaewon, Seoul

Sekitar bandar Seoul 

Jump show..best kelakar sangat diaorang tak bercakap tp asik melompat je!

Patut cuba, sedap gak Chicken Ginseng Soup with mee tp saya makan dgn sambal bilis saya bawa sebab putih sangat kuahnya...kiki 

Hotel di Kota Seoul, canggih la hotel ni..semua ada!

DAY 5

Gyeongbokgung Palace mcm Forbidden City di Beijing
The Blue House
Alhamdulilah, dah habis ceritanya...lepas habis bergambar di The Blue House dan kawasan sekitarnya barulah last pergi membeli belah. So harap maaf kalau banyak sangat gambar sampai penat mata kawan2. Nanti kita cerita pasal perkara lain plak yer... xoxo!