Ini catatan perjalanan yang berlaku di sana dan tempat-tempat yang dilawati, saya pergi ke sana dengan travel agency malaysian harmony. Perjalanan 5 hari 5 malam jer pun. Pada saya sangat gembira ketika berada di sana. InsyaAllah ada rezeki nak pergi lagi coz saya tak berjaya ke Jeju Island!
Day 1- Dari KLIA ke Incheon Airport - Pyeongchang
(Odusan Unification Observatory dan Nami Island).
Day 2 - Pyeongchang ke Mt Sorak
(Mt Sorak (cable car), Daephohang Port and Teddy Bear Farm).
Day 3 - Mt Sorak ke Seoul
(Everland, Kimchi making, Namdaemun Market).
Day 4 - Sekitar Seoul
(International Mosque(Itaewon) dan Dongdaemun Market, JUMP Show).
Day 5 - Seoul - Incheon - KLIA
(Gyeongbok Palace & Sarangchae).
Ada beberapa perkara nak share dengan kawan2 dan nak ingatkan diri sendiri ketika berada di bumi korea:
1. Kebersihan gigi
Penerbangan ke sana menaiki pesawat Korean Air, comei2 belaka stewardess mereka. Tp bukan itu yang nak di share, yang menarik perhatian saya adalah habit orang korea. Mereka ni boleh dikatakan sangat healthy conscious and beauty conscious. Semasa di dalam pesawat setelah selesai makan mereka berebut2 untuk ke bilik air, pelik mulanya kerana bukan untuk memenuhi panggilan alam tetapi masing2 di tangan penuh dengan berus gigi, keadaan yang sama ketika mahu pulang ke tanah air, waktu itu adalah selepas waktu tengah hari semua pekerja airport membawa toiletries masing-masing dan beramai2 memberus gigi di dalam bilik air. Serius saya tak pernah tengok keadaan seperti ini sebelum ni. Maybe makanan diaorang makan adalah kimchi jadi sebab agak berbau sebab pickles food oleh itu diaorang suka berus gigi. (andaian saya sahaja).
2. Bentuk muka bumi
Secara keseluruhan tempat-tempat di sekitar Seoul adalah berbukit bukau atau tanah tinggi oleh itu dari satu tempat ke tempat lain adalah kena mendaki. Jadi, sila kuatkan lutut anda dulu yer!
3. Matawang
Currency dia macam USD, duit kertas paling kecil 1000 won paling besar 100,000 won kalau tak salah la. 1000 won = RM3 lebih kurang la. Pada diaorang RM10,000 tu macam sepuluh ringgit tp pada kita macam RM30.
4. Kad diskaun
Setiap kedai yang kita kunjungi selalu akan diberikan kad diskaun macam2 rupa, so bila kita nak bayar jadi kita tunjukkan kad diskaun untuk redeem diskaun tu.
5. Membeli belah
Ada tempat membeli belah seperti pasar hari kita boleh lakukan tawar menawar, tapi tempat yang macam di shopping complex memang fixed price la. Cuma satu benda nak cakap diaorang sangat takut nak bagi orang saiz besar try baju. Macam anak saudara saya, dia biasanya pakai saiz M bila pergi sana dia bagi cuba yang saiz L. Pada penelitian saya mungkin diaorang takut rosak kot baju diaorang. Orang penang kata takut meri (loose), situasi ni berlaku di Doota Shopping Cmplx. Apa yang blh dibeli di Korea? Selain cenderahati, banyak benda boleh dibeli kerana semua barangan buatan korea adalah berkualiti tinggi dan harganya boleh dikira mahal setanding dengan kualiti barangannya. Contoh barangan yang biasa pelancong beli adalah produk kecantikan (facial mask, lotion, BB cream- sekarang dah ada CC cream tau dll- check dulu halal ke tak?), kain ela (korean silk), luggage (macam2 design dan rupabentuk), pakaian (ikut musim yang dijual, sweater ada semahal $400,000 won dan ke atas), brooch (pastikan bukan made in China, kalau buatan China murah dan tak berkualiti) dan lain-lain yang berkenan dengan mata dan bajet sila lah beli yer!.
6. Cuaca
Keadaan cuaca di bumi Korea Selatan sangatlah bersih. Udara dia sangat fresh sebab tidak berlaku masalah kulit merekah (pecah) walaupun masa musim yang sejuk. Ramalan cuaca yang biasanya dikhabarkan boleh dipercayai, tidaklah nak kata 100% betul. Namun begitu, kalau dikhabarkan akan berlaku hujan memang akan hujan pada hari2 tersebut. Di musim autumn, dicadangkan unt membawa payung sebab kerap kali juga hari hujan. Apa pun rujuk ramalan cuaca dulu yer!
7. Makanan dan minuman
Makanan di sana ada yang boleh diterima oleh tekak dan tak kurang juga ada yang tak blh dimakan. Tp pesanan saya sesiapa yang susah nak terima makanan bukan kebiasaan blh la bekal bersama serunding, sambal ikan bilis dan paling penting mee maggi. Minuman yang patut dicuba adalah coffee yang dijual di sini, tak kira la apa latte, cappuccino, espresso atau apa namanya kerana coffee di sini sedap. Biasanya Korean akan mengambil minuman yg menggandungi caffeine setelah selesai makan berat (nasi) dan bukan bersama semasa makan.
8. Kereta
Malaysia antara salah satu negara yg menjadi pengimport kepada kereta keluaran Korea. Namun begitu biasanya jenama Kia atau Hyundai yang kita biasa nampak di Malaysia. Ada satu jenama kereta yang saya nak share ada di sana, bukan sahaja telefon bimbit jenama samsung, kereta pun ada di sana berjenama samsung. Diaorang sangat setia dengan barangan keluaran mereka jadi most of the cars owned by them are made from Korea.
8. Kereta
Malaysia antara salah satu negara yg menjadi pengimport kepada kereta keluaran Korea. Namun begitu biasanya jenama Kia atau Hyundai yang kita biasa nampak di Malaysia. Ada satu jenama kereta yang saya nak share ada di sana, bukan sahaja telefon bimbit jenama samsung, kereta pun ada di sana berjenama samsung. Diaorang sangat setia dengan barangan keluaran mereka jadi most of the cars owned by them are made from Korea.
Ok di bawah ini saya share gambar-gambar saya dan keluarga di sana...
Antara moment paling gembira di sana adalah tangkap gambaq dengan maple tree |
DAY 1
Odusan Unification Observatory yang memisahkan North Korea and South Korea |
Sekitar OUO.. cer teka apa tu OUO? |
Di sekitar Pulau Nami
|
Makan malam hari pertama, sedap mushroom soup, cendawan fresh dari kebun dan pancake..yummy |
DAY 2
Dari pandangan di dalam hotel, cantiknya tengok orang berski (Phoenix Park Resort)
|
On the way to Mt Sorak, East Sea yang mendamaikan |
Mt Sorak..Sorak san |
Sedap tau lunch ni paling sedap mackerel dan sotong kimchinya plus seaweed. |
Daepohang Port |
Teddy Bear Farm |
Dinner
|
Kimchi in the making...lalu tak korang nak makan?? cabbage kimchi one out of 200++ types of kimchi |
Comei tak kak ton?? Kak ya laa.. |
Sekitar Everland..best tp tak cukup jalan walaupun 4 jam.. |
Ni rupa tiketnya...semua Theme World blh masuk ! DAY 4 |
Sekitar bandar Seoul |
Jump show..best kelakar sangat diaorang tak bercakap tp asik melompat je! |
Patut cuba, sedap gak Chicken Ginseng Soup with mee tp saya makan dgn sambal bilis saya bawa sebab putih sangat kuahnya...kiki |
Hotel di Kota Seoul, canggih la hotel ni..semua ada! DAY 5
|
Alhamdulilah, dah habis ceritanya...lepas habis bergambar di The Blue House dan kawasan sekitarnya barulah last pergi membeli belah. So harap maaf kalau banyak sangat gambar sampai penat mata kawan2. Nanti kita cerita pasal perkara lain plak yer... xoxo!
Assalammualaikum...nak tanya akak pergi time autumn kan?still boleh main kat tempat ice tu ke?n die stay beroperasi ke?
ReplyDeleteWaalaikumusalam, ha ah akak p late autumn. Kat sana ada ski park yg dh bukak tp masa tu shop yg rental equipment all the way to ski park masih byk belum beroperasi. Diaorg tgk keadaan salji n windy tu..kalau windy sgt pun x buka khabarnya. Tp tmpt akak stay tu siang ramai org gi skiing plus kitaorg just sempat snap gambaq jer.. What a lost..
Delete