Sunday 21 October 2012


Day 1: Penang to KK to Lahad Datu


Hari yang paling ditunggu-tunggu… Kenapa menunggu? Macam tak pernah naik kapal terbang pulak kan? Bukan sebab itu tetapi sebab tak pernah naik Maswings dan yang paling penting atas urusan kerja. Ada antara pengalaman kawan yang bekerja di bumi Malaysia timur menceritakan mereka ditimbang bersama beg sebelum dapat check in Maswings. Oleh sebab itu diri sendiri mencipta mind setting yang  dongeng antara momokkannya adalah sebelum naik kapal terbang akan ditimbang berat tuan dengan barang… Hah!! Merisaukan bukan? Yer la sapa berbadan comel suka nak announce berat badan kat semua orang kan?….Di sini semuanya bermula. Satu journey yang tak pernah di alami oleh diriku atau kawanku yang akan pergi sama (Kak Ros). Ini antara catatan pengalamannya...

Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. (Pemeriksaan Imigresen)

Seperti semua orang sedia maklum jika kita ke Sabah atau Sarawak kita perlu melalui pemeriksaan imigresen. Oleh kerana sedia maklum tentang hal itu, International passport ada bersamaku. Orang sangat ramai. Rupanya bertembung dengan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah pada 21 -23 October 2012. Ermm patutlah ramai orang.. Jadi sebelum peramugara dan peramugari lalu aku mengambil laluan cabin crew.

Terminal 2

Pegawai Imigresen:
Suraya

Suraya:
Ye saya (Dalam hati: handsome jugak mamat ni…bukan
la aeron tp handsome,boleh tanya ni sebab dia senyum kat aku).
Encik, saya nak tanya kalau kita nak ke Lahad Datu naik
maswings kena ke Terminal 1 ke?

Pegawai Imigresen:
La kenapa tadi tak petik loceng nak turun Lahad Datu? (Dia senyum lebar)

Suraya:
Sengih (Dalam hati buat lawak plak pakcik ni). Boleh ke encik?
(saja buat soalan dungu padahal dah tau dia nak mengusik).

Pegawai Imigresen:
Betul la tu kena ke terminal 1 tukar terminal sebab naik  Maswings. Pertama  kali ke nak ke Lahad Datu?(Sambil tangan dia sibuk cop passportku).

Suraya:
Ye, kalau ke KK dah banyak kali tp ke Lahad Datu baru  first time. 
Ok Terima kasih encik (Menerima huluran passportku dan senyumannya yang memang manis).

Alhamdulilah. InsyaAllah perjalanan akan sampai dengan baik. Orang yang beratur kat belakang mesti mengutuk sebab dah la orang ramai sempat aku nak bersembang.

Terminal 1

Perjalanan dari terminal 2 ke terminal 1 dengan menaiki teksi airport hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan bayaran RM30.00. Alhamdulilah masa check in tak perlu pun timbang berat badan dan beg sebabnya laluan ke Lahad Datu menggunakan pesawat ATR72 bukannya twin otter. Pesawat ini mampu membawa penumpang seramai 68 orang. Fizikal pesawat ni lebih kurang saiz Fokker Firefly. Pengalamanku yang pernah menaiki pesawat saiz ni untuk ke Langkawi, Kuala Terengganu dan Subang menghapuskan segala kebimbangan sebelum ini. Penerbangan dijadualkan akan mengambil masa 55 minit. Dalam awal 10 minit perjalanan kami berdua  gembira namun ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Ditengah2 perjalanan pada kira-kira dengan ketinggian 17000 kaki pesawat kami mengalami turbulence dan dilanda petir 2 kali. Lepas tu no more lawak2 terus mengucap dan duduk diam sampai la keluar dari awan tebal tu. Menakutkan bila tengok kilat selari dengan kita sebab selalu nampak kilat pada atas awan dan dilangit. Alhamdulilah pesawat berjaya tiba seperti waktu yang dijadualkan.




Cute kan nak ambil luggage.. manual dan tak dak conveyer system


Bandar Lahad Datu (Day1, Day2 and Day5)

Mula-mula menjejakkan kaki di Daerah Lahad Datu membawa kepada pelbagai perasaan. Gembira, teruja, terharu, takut dan macam-macam lagi. Ini kerana kurangnya pendedahan dan merupakan pengalaman pertama kepadaku di daerah ini. Untuk pengetahuan semua, bandar ini sesuai dilawati.  Lahad Datu adalah Bandar yang kian membangun. Banyak fasiliti dan prasarana yang disediakan. Kedai-kedai pun dah banyak dibuka. Para penduduk sangat ramah dan baik hati. Banyak pertolongan yang diterima semasa di sini. Sungguh berbesar hati penduduk di sini. Ada tiga suku yang disebut-sebut di sini iaitu Bugis, Bajau dan Solok (berasal dari Filipina). Azan di sini tiga kali ulangannya pada setiap waktu. Banyak masjid dan penduduk yang beragama Islam. Ini bermakna mudah untuk mendapatkan makanan halal di samping itu restaurant juga banyak dibuka. Jangan bimbang, harga makanan di Bandar Lahad Datu boleh dikategorikan murah dan berpatutan. Teksi dan bas mini(van) juga mudah untuk di dapati, selain itu prebet sapu pun banyak di sini. Tapi pesanan orang di sini kena hati-hati dengan prebet sapu dan yang paling penting jalan tengok2 sebab di sini ada banyak signboard “Awas peragut" serta anjing liar banyak yang besar juga yang kecil tapi Alhamdulilah tidak mengganggu kita. 


Thursday 11 October 2012

Hobi or cuba memasak?



Jika disoal tentang hobi tak banyak jawapanku. Ada dua yang menjadi kegilaanku pada bulan ini iaitu menonton korean drama (kesemua tayangan di KBS World or online yang memenuhi masa lapangku), drama bersiri Adam dan Hawa dan juga membaca novel. Erm memang BEST!

Pernah terjadi satu ketika dulu hobiku adalah mencuba pelbagai jenis masakan. Makanan yang disediakan adalah yang semuanya boleh dikategorikan kegemaranku. Ada yang sempat difotokan tak kurang juga yang terus masuk perut. Orang yang paling gigih merasa dan memberi komen tak lain tak bukan mak dan kakakku. Biar sedap atau tak sedap mereka tetap mencuba kerana memberi semangat.

Ini bukan sebab apa, sebab ada satu penyakitku iaitu "mahmood tak datang". Sekiranya moodku sangatla baik, satu hari mampu untuk menyiapkan hidangan pagi, tengahari, minum petang dan juga makan malam. Namun, sekiranya moodku lari erm jawapannya kadang-kadang makan tahun...eh eh macam melampau kan... makan bulan or minggu baru ku bekerja di dapur. Selebihnya hanya membantu mak di dapur. Cukuplah sekadar menjadi assistant or tukang cuci di dapur. Mak tak pernah sepi dari berdoa agar diriku sentiasa sibuk dan mahmoodku datang untuk ke dapur. Namun apakan daya kadang-kadang doanya tidak dimakbulkan. Maaf mak.....

Foto-foto di bawah antara makanan-makanan yang pernah ku sediakan (yang berjaya difotokan). Tak la sedap sangat, tp belum ada yang warded or sakit perut makan makananku. InsyaAllah semoga hobi ini kembali lagi satu hari nanti. Amin.


Sardin Puff ala abg Mat Gebu

Biskut Dahlia or Samprit

Muffin Blueberry and Strawberry

Pai Tee or Singapore Pai

Pau inti Daging Kicap

Tart Gulung

Wednesday 10 October 2012

Taaruf dan Assalamualaikum....


Ya Allah, Alhamdulilah. Tiada ucapan selain syukur setelah beberapa kali percubaan untuk menghasilkan blog akhirnya berjaya. Ini bukan kali pertama dan mungkin juga bukan kali terakhir catatan ini. Ini satu permulaan!, InsyaAllah. Apakah turning point saya? Erm bermula dengan satu kursus iaitu Seminar Penulisan oleh Dr Fadzila Azni Ahmad, pensyarah dari USM. Beliau memberi galakan dan menceritakan teknik asas seseorang untuk menjadi penulis thesis yang baik, salah satunya adalah menulis blog. Alhamdulilah bermanfaat nasihatnya pada diri saya. Terima kasih Dr. Fadzila, InsyaAllah mana tau saya mampu mencontohi Dr Fadzila satu hari nanti.

Dunia blog ini bukanlah baru pada diriku, setiap hari hidup sepi tanpa membaca blog2 pilihan dan kesukaan saya. Saya gelarkan diri ini gemar ber'blog walking'. Pelbagai tujuan blog ini, ada yang berkongsi rasa, ada berkongsi cerita, ada yang berniaga dan ada yang mengisi masang lapang mereka dan tidak kurang juga macam-macam alasan mereka. Namun saya rasa blog saya ini percubaan untuk setiap saat kejayaan saya di masa hadapan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa bagi sokongan. Semoga saya terus berada dalam kalangan penulis-penulis blog. Walaupun tak jutawan cukuplah sekadar bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Amin. 

Dalam entry ini saya sekadar ingin memperkenalkan diri saya. Bukan apa tak kenal maka tak cinta. Nama saya Suraya Yope dan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang serta menaburkan khidmat dan bakti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai pendidik.