Taaruf dan Assalamualaikum....
Ya Allah, Alhamdulilah. Tiada ucapan selain syukur setelah beberapa kali percubaan untuk menghasilkan blog akhirnya berjaya. Ini bukan kali pertama dan mungkin juga bukan kali terakhir catatan ini. Ini satu permulaan!, InsyaAllah. Apakah turning point saya? Erm bermula dengan satu kursus iaitu Seminar Penulisan oleh Dr Fadzila Azni Ahmad, pensyarah dari USM. Beliau memberi galakan dan menceritakan teknik asas seseorang untuk menjadi penulis thesis yang baik, salah satunya adalah menulis blog. Alhamdulilah bermanfaat nasihatnya pada diri saya. Terima kasih Dr. Fadzila, InsyaAllah mana tau saya mampu mencontohi Dr Fadzila satu hari nanti.
Dunia blog ini bukanlah baru pada diriku, setiap hari hidup sepi tanpa membaca blog2 pilihan dan kesukaan saya. Saya gelarkan diri ini gemar ber'blog walking'. Pelbagai tujuan blog ini, ada yang berkongsi rasa, ada berkongsi cerita, ada yang berniaga dan ada yang mengisi masang lapang mereka dan tidak kurang juga macam-macam alasan mereka. Namun saya rasa blog saya ini percubaan untuk setiap saat kejayaan saya di masa hadapan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa bagi sokongan. Semoga saya terus berada dalam kalangan penulis-penulis blog. Walaupun tak jutawan cukuplah sekadar bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Amin.
Dalam entry ini saya sekadar ingin memperkenalkan diri saya. Bukan apa tak kenal maka tak cinta. Nama saya Suraya Yope dan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang serta menaburkan khidmat dan bakti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai pendidik.
No comments:
Post a Comment