Thursday 14 August 2014

KESIHATAN ITU SATU REZEKI TERINDAH


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435 Hijrah, tanpa sedar cepatnya masa berlalu dari kiraan hari pertama berpuasa pada tahun ini sedar-sedar sudah  sebahagian 10 malam terakhir Ramadhan 1435 hijrah pun berlalu. Sedar-sedar kita telah pun sambut hari raya. Pada kiraan saya masih belum terlewat untuk ucapkan selamat hari raya kerana masih lagi dalam bulan syawal.

Saya nak share sedikit mengenai kesihatan itu satu rezeki. Kita biasanya kalau cakap pasal rezeki lebih fokus kepada duit atau apa2 hadiah or yang kita perolehi sama ada yang kita rancang ataupun secara tak langsung kita dapat. 

Namun begitu, ada satu lagi rezeki yang sangat penting dalam kehidupan harian iaitu nikmat kesihatan. Rezeki ini yang patut dicari dalam kehidupan kita selama bergelar insan di dunia yang sementara ini. 

Allah beri ujian kepada saya pada bulan ramadhan baru-baru ini dengan diberikan demam pada suhu yg tinggi, selsema serta batuk yang sangat kuat sehingga menyebabkan masalah pada satu badan saya.. Alhamdulilah, walaupun ujian ini sangat berat saya terima sehingga diberi suntikan, namun saya gagahkan diri juga untuk penuhi puasa tanpa gagal dan sudah pasti saya lawan arahan doktor untuk tidak berpuasa. Pada hemah saya, Allah maha berkuasa walaupun saya tidak sihat selagi saya mampu saya akan teruskan. Syukur saya berjaya namun tempoh masa demam berlanjutan dari seminggu menjadi dua minggu untuk baik. 

Semasa saya sakit, barulah saya sedar bahawa dalam banyak2 nikmat yang Allah berikan kesihatan yang paling saya dambakan. Ini kerana bila sihat kita dapat melakukan semua aktiviti dengan baik. Otak dapat berfungsi dengan waras, anggota badan berfungsi dengan cergas, kerja dan amanah dapat dipikul dengan baik dan amalan seharian dapat dipenuhi dengan lebih teratur. 

Sapalah saya untuk menyoal kenapa saya diuji dengan masalah kesihatan?, cuma saya bersyukur sentiasa diberi peluang untuk merasa sakit kerana mentality saya berkata selagi Allah berikan ujian sakit maksudnya saya masih dikasihi oleh Allah.


Oleh itu, marilah kita sentiasa menjaga kesihatan kita....sekadar berkongsi cerita.
Me and my sister, nephews and nieces