Wednesday 31 July 2013

Kuah Kacang or Kuah Satay


Satay adalah salah satu makanan Malaysia yang merupakan kegemaranku. Satay di makan bersama kuah kacang berperanan sangat penting bagi mendapat gabungan rasa yang sangat memuaskan. Selalunya benda yang kita suka kita kena usaha untuk sediakan or masak...

Semangat masak saya memang sangat luar biasa.. begini kisahnya...

Minggu pertama:
Saya:  ke kedai runcit mendapatkan sekilo kacang tanah
Saya:  mak hari ni saya nak buat kuah kacang la..
Mak: Banyak sangat kot sekg kacang tu..
Saya: tak pa la (Kacang dibakar dan dibuang kulitnya)
Saya: Mak tak jadi la buat kuah kacang minggu ni letih la asingkan kulit, nanti la buat
Mak: Hrmmmm  

Minggu kedua
Saya: Alhamdulilah mak, dapat juga nak buat kuah kacang setelah seminggu
Mak: Macam perangai xxx(saya) ni mak tak blh nak buat CONTOH..
Saya: Arhhh (dalam hati)..
Saya: Yer la daging kan tak ada tu yang tak blh buat tu
Mak: Tak payah la letak daging
Saya: Ishh mak ni agak2 la kalau nak kutuk pun
Mak: Bukan nak kututk tp buat perbandingan
Saya: Tak kira mak kena fikir yang penting kuah kacang siap
Mak: Buat bagi sedap2
Saya: Mak doakan k..Nanti blh makan dengan cucur udang/gado2/tauhu sumbat ..bla bla bla         macam2 contoh saya sebut
Saya: Mak dah siap kuah kacang saya
Mak: Uishh nampak sedap la, sekejap lg buka puasa mak nak cicah ngan salad la...



So ini lah rupanya kuah kacang or kuah satay yang saya sediakan.. di bawah saya sertakan resepi untuk sapa2 yang berminat...


Bahan-bahan 
Kacang yang telah dibakar dan diasingkan kulit dan diblend halus
Minyak
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lengkuas 
Serai
Buah Keras
Daging 
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Gula melaka
Garam
Air asam jawa


Bahan Kisar A (Dikisar semua bahannya)
5 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
Lengkuas ikut suka saiznya
Halia ikut suka saiznya
7 batang serai 
4 bj buah keras (kalau tak nak pekat kurangkan kepada 2 bj)


Bahan B
Minyak masak secukupnya
Masukkan bahan kisar A
Masukkan cili kering (dalam 30 biji yg digoreng dan diblend- kalau suka pedas harus tambah bilangannya)
Masukkan daging yang dicincang (300 gm)
Masukkan 2 batang serai yg diketuk
Masukkan 1 sudu besar serbuk ketumbar, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih
Masukkan 2 keping gula melaka, garam secukupnya dan air asam jawa
Masukkan kacang yang dikisar halus (1kg)

~Selamat mencuba~

Wednesday 10 July 2013

Salam Ramadhan 1434 Hijrah




Salam semua, selamat menyambut Bulan Ramadhan pada tahun 2013. Semoga kita semua berjaya menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya. Mungkin kita boleh tanamkan azam untuk buat yang lebih baik pada tahun ini berbanding yang kita puasa pada tahun lepas. 







Apa aktiviti yang kita boleh buat? Antara cadangannya adalah seperti berikut:


1. Solat disegerakan di awalkan setiap kali masuk waktunya + solat terawih

2. Melakukan puasa yang sebenar-benarnya

3. Qiyamullail

4. Zikrullah

5. Sedekah atau berinfak

6. Tilawah Al-Quran/Tadarus/Memperbanyakkan bacaan Al-Quran

7. Mencari malam Lailatul Qadar

8. Berbuat baik dengan ibu bapa dan kalau boleh semua orang 



Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian atau fasa yang telah disampaikan oleh Rasullulah SAW. Sebaik-baik dan seboleh-bolehnya sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa mencari keredhaannya kita mahukan diri kita berjaya mengharungi ketiga-tiga bahagian tersebut dimana:

Bahagian 1 : Rahmat dari Allah
Bahagian 2 : Keampunan dari Allah
Bahagian 3 : Pembebasan dari siksa api neraka 

Oleh itu kawan-kawan, selamat beramal dan sebelum itu jangan lupa mulakan dengan niat untuk berpuasa dan diakhiri dengan doa untuk berbuka puasa yer.. 




Wednesday 3 July 2013

Kacang Pool Ala Oya Inspired by Kedai Kacang Pool Haji JB


Morning...Mesti ramai yang pernah merasa keenakkan Kacang Pool kan? Kacang pool ini diperkenalkan oleh keluarga Makcik Aishah yang tinggal di Skudai JB. Rasanya menu resepi ini berasal dari Timur Tengah. Pot tempat makan Kacang Pool Haji ni di medan selera dekat-dekat dengan Balai Bomba, Larkin. Oleh kerana keinginan yang tinggi tp tak dapat nak p JB selalu (kerap) oleh itu saya cuba sendiri memasaknya. 

Inilah rupa kedainya...Ehsan en google

Set kacang pool yang dihidangkan..satu set RM4.00 ja sedap... sekarang tak tau la kot2 dah naik harga..Ehsan en google

Ini percubaanku yang pertama..rupa dia tak cantik rasa boleh la...makan dengan roti menggali..

Ini cobaan kedua..masak untuk kawan2..


Resepinya adapted by Asmah Laili:

Bahan Kisar
5-6 sudu besar cili kering dikisar (oya agak2 pedas yang suka)
5biji bawang besar (oya pakai bawang besar agak2 tak banyak sangat)
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Bahan-bahan lain
Minyak untuk menumis
500 gm daging cincang
2 sudu rempah beriani brand faiza – yang ni oya campur dengan air
1 tin kacang foul medammas brand Kimball (dilenyek)
1 tin chick peas brand Kimball (dilenyek)
1 tin baked beans brand Ayamas
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara sediakan:
Mula2 panaskan minyak
Masukkan bahan kisar sehingga garing
Masukkan rempah beriani
Masukkan daging cincang dan tambahkan air tunggu hingga daging empuk
Masukkan kacang foul dan chick peas yang dilenyek
Masukkan baked beans
Rasakan dengan tambah garam dan gula.

Hidangkan dalam mangkuk bersama telur yang digoreng atau direbus dengan cili hijau dan bawang.

Selamat mencuba....


Monday 1 July 2013

Sentap vs Positive Thinker


Good morning, dah lama berabuk blog ni..banyak tugasan menyebabkan tak sempat nak update blog...alangkah bagus kalau Allah memberikan nikmat masa yang digunakan oleh diriku sebaik mungkin tp as you all tahu saya bukanlah pandai merancang masa dgn baik sebab Allah itu sebaik2 perancang.

Kenapa tajuk diatas terpilih, erm sekadar nak share. Setiap orang mempunyai pelbagai emosi dan cara pemikiran. Mustahil kalau hidup di dunia ini kita tidak pernah "sentap" atau "emo" tp kita kena bersederhana. Mungkin apa yg dikatakan oleh pihak lain itu ada kebenaran dan sekadar menyatakan apa yg dirasakan. Cara terbaik untuk atasi penyakit sentap ini pada pandangan saya  adalah menjadikan diri kita manusia yang tergolong dalam orang yang sentiasa berfikiran positif. Sentiasa membaca,mendengar dan mengadaptasi apa yg org lain kata itu dalam intonasi yg positif... 

Contohnya: situasi dibilik air awam
Saya: panggggggh pintu bilik air terbuka dgn kuat
Makcik: kahkahkahkah patutla kuat buka pintu sebab orgnya besaq (gemuk)
Saya: senyum tanpa balasan...
Saya: bersyukur sambil tersenyum...

Penerangannya: pintu terbuka kuat oleh saya sebab nak larikan diri dr air bertakung, nak lompat la konon..tp makcik tu pikir badan saya tak muat nak keluar dr bilik air tu...saya tak blh salahkan dia coz saya pernah lihat ada org kurus pun pernah buka pintu bilik air bunyi kuat dan ada yg jatuh macam2 brg dlm lubang toilet adalah hak milik org kurus. Namun makcik tu tak pernah tgk. Tak blh salahkan dia coz memang betul saiz saya byk xl.. Hanya dengan senyuman yang kita blh hadiahkan untuk jdkan kita positif thinker walaupun hati kita sedikit tersentap....Its ok, smile always...
        
                                      Ehsan: en google...