Salam semua, selamat menyambut Bulan Ramadhan pada tahun 2013.
Semoga kita semua berjaya menjalani ibadah puasa ini dengan
sebaik-baiknya. Mungkin kita boleh tanamkan azam untuk buat yang lebih baik pada tahun ini berbanding yang kita puasa pada tahun lepas.
Apa aktiviti yang kita boleh buat? Antara cadangannya adalah
seperti berikut:
1. Solat disegerakan di awalkan
setiap kali masuk waktunya + solat terawih
2. Melakukan puasa
yang sebenar-benarnya
3. Qiyamullail
4. Zikrullah
5. Sedekah atau berinfak
6. Tilawah Al-Quran/Tadarus/Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
7. Mencari malam Lailatul Qadar
8. Berbuat baik dengan ibu bapa dan kalau boleh semua orang
Ramadhan ini terbahagi
kepada tiga bahagian atau fasa yang telah disampaikan oleh Rasullulah SAW.
Sebaik-baik dan seboleh-bolehnya sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa mencari
keredhaannya kita mahukan diri kita berjaya mengharungi ketiga-tiga bahagian
tersebut dimana:
Bahagian 1 : Rahmat dari Allah
Bahagian 2 : Keampunan dari
Allah
Bahagian 3 : Pembebasan dari
siksa api neraka
Oleh itu kawan-kawan, selamat beramal dan sebelum itu jangan lupa mulakan dengan niat untuk berpuasa dan diakhiri dengan doa untuk berbuka puasa yer..
No comments:
Post a Comment