Wednesday, 3 July 2013

Kacang Pool Ala Oya Inspired by Kedai Kacang Pool Haji JB


Morning...Mesti ramai yang pernah merasa keenakkan Kacang Pool kan? Kacang pool ini diperkenalkan oleh keluarga Makcik Aishah yang tinggal di Skudai JB. Rasanya menu resepi ini berasal dari Timur Tengah. Pot tempat makan Kacang Pool Haji ni di medan selera dekat-dekat dengan Balai Bomba, Larkin. Oleh kerana keinginan yang tinggi tp tak dapat nak p JB selalu (kerap) oleh itu saya cuba sendiri memasaknya. 

Inilah rupa kedainya...Ehsan en google

Set kacang pool yang dihidangkan..satu set RM4.00 ja sedap... sekarang tak tau la kot2 dah naik harga..Ehsan en google

Ini percubaanku yang pertama..rupa dia tak cantik rasa boleh la...makan dengan roti menggali..

Ini cobaan kedua..masak untuk kawan2..


Resepinya adapted by Asmah Laili:

Bahan Kisar
5-6 sudu besar cili kering dikisar (oya agak2 pedas yang suka)
5biji bawang besar (oya pakai bawang besar agak2 tak banyak sangat)
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Bahan-bahan lain
Minyak untuk menumis
500 gm daging cincang
2 sudu rempah beriani brand faiza – yang ni oya campur dengan air
1 tin kacang foul medammas brand Kimball (dilenyek)
1 tin chick peas brand Kimball (dilenyek)
1 tin baked beans brand Ayamas
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara sediakan:
Mula2 panaskan minyak
Masukkan bahan kisar sehingga garing
Masukkan rempah beriani
Masukkan daging cincang dan tambahkan air tunggu hingga daging empuk
Masukkan kacang foul dan chick peas yang dilenyek
Masukkan baked beans
Rasakan dengan tambah garam dan gula.

Hidangkan dalam mangkuk bersama telur yang digoreng atau direbus dengan cili hijau dan bawang.

Selamat mencuba....


No comments:

Post a Comment