Monday, 1 July 2013

Sentap vs Positive Thinker


Good morning, dah lama berabuk blog ni..banyak tugasan menyebabkan tak sempat nak update blog...alangkah bagus kalau Allah memberikan nikmat masa yang digunakan oleh diriku sebaik mungkin tp as you all tahu saya bukanlah pandai merancang masa dgn baik sebab Allah itu sebaik2 perancang.

Kenapa tajuk diatas terpilih, erm sekadar nak share. Setiap orang mempunyai pelbagai emosi dan cara pemikiran. Mustahil kalau hidup di dunia ini kita tidak pernah "sentap" atau "emo" tp kita kena bersederhana. Mungkin apa yg dikatakan oleh pihak lain itu ada kebenaran dan sekadar menyatakan apa yg dirasakan. Cara terbaik untuk atasi penyakit sentap ini pada pandangan saya  adalah menjadikan diri kita manusia yang tergolong dalam orang yang sentiasa berfikiran positif. Sentiasa membaca,mendengar dan mengadaptasi apa yg org lain kata itu dalam intonasi yg positif... 

Contohnya: situasi dibilik air awam
Saya: panggggggh pintu bilik air terbuka dgn kuat
Makcik: kahkahkahkah patutla kuat buka pintu sebab orgnya besaq (gemuk)
Saya: senyum tanpa balasan...
Saya: bersyukur sambil tersenyum...

Penerangannya: pintu terbuka kuat oleh saya sebab nak larikan diri dr air bertakung, nak lompat la konon..tp makcik tu pikir badan saya tak muat nak keluar dr bilik air tu...saya tak blh salahkan dia coz saya pernah lihat ada org kurus pun pernah buka pintu bilik air bunyi kuat dan ada yg jatuh macam2 brg dlm lubang toilet adalah hak milik org kurus. Namun makcik tu tak pernah tgk. Tak blh salahkan dia coz memang betul saiz saya byk xl.. Hanya dengan senyuman yang kita blh hadiahkan untuk jdkan kita positif thinker walaupun hati kita sedikit tersentap....Its ok, smile always...
        
                                      Ehsan: en google...

No comments:

Post a Comment