"Selamat Hari Guru" diucapkan untuk semua yang bergelar pendidik atau kalau orang2 Penang selalu cakap untuk maklumkan mereka kerja apa akan cakap "saya mengajaq". Tak kira la apa panggilan yang digunakan sama ada cikgu, sir, teacher, cik,puan, encik, ustazah, ustaz, mudir, mudirah, dan lain-lain semuanya adalah guru... Saya pun nak ucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, guru-guru saya yang sentiasa menjadi guru pada saya tanpa jemu..
So, sebagai pendidik kita harus menjalankan amanah yang diserahkan tanpa mengenal bangsa, warna atau budaya anak2 didik kita. Lakukan dengan istiqomah dan bersungguh2 tanpa penat dan inginkan pujian apatah lagi kejian. Untuk bekas-bekas pelajar yang masih belum lupa kita dengan ucapan sms dan email or fb itu adalah pemanis dalam tanggungjawab ini dan ucapan terima kasih dan bangga kerana masing2 telah berjaya dalam arena yang diceburi. Semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat, berguna dan barakah kepada pelajar2 kita semua sama ada ilmu itu disampaikan secara langsung atau tidak langsung...Go go fighting...
No comments:
Post a Comment