Alhamdulilah semua orang bergumbira kerana semalam ramai yang menyambut hari ibu. "Mothers Day on 12 Mei 2013". Ada yang menyambut dan tidak kurang yang tidak menyambutnya. Bagi saya setiap hari adalah hari ibu kerana ibu adalah orang yang paling bermakna dalam hidup saya tak kurang memberi semangat dan kritikan sama ada membina ataupun tidak.
Inilah mummy saya, nama glamour dia "Mak Jah" |
So untuk meraikan ibu saya (mak) berbuka puasa sempena 2 Rejab 1434 hijrah sekaligus untuk raikan mothers day cara kecil2 melalui terjemahan kasih sayang melalui masakan dan makanan, saya sediakan kepada mak saya "sweet korean pancake".
Ketika kami berkunjung ke korea pada musim luruh yang lepas cuaca sangat sejuk jd mulut sentiasa minta nak mengunyah dan perut minta di isi. Tak semua makanan yang halal di makan dan diantara jajan/kueh yang blh di makan adalah "Sweet Korean Pancake = SKP" yang masih panas-panas atau Dunkin` Donats. Ini lah bermula sejarahnya SKP disukai oleh ibu saya dan kami sekeluarga.
Yok kita tengok rupa dia dulu... yang saya buat dan yang sebenarnya rupa ketika saya beli.
Ini hasilnya tp semua sekali dapat 8 biji. Satu adunan dapat 8 biji. |
Tak comel tp sedap...hehe tak baik riak tp dengar dari pujian ibu... siap minta lagi untuk brakefast lain kali... |
Ini gambar Sweet Korean Pancake yang di makan di Mount Sorak di Korea Selatan. Tak jauh kan bezanya.. hehe |
Bahan-bahan pancake:
1 cawan air suam
2 tbsp gula pasir
2 tsp yis
1/2 tsp garam
1 tbsp minyak sayuran
2 cawan tepung serbaguna
Minyak untuk menggoreng
Bahan inti:
1/2 cawan gula perang (Brown Sugar)
1tsp cinnamon powder
2 tbsp walnuts yang dicincang ( saya guna hazel yang dicincang sebab tak dak walnuts)
Cara membuatnya:
- Masukkan 1 cawan air suam ke dalam mangkuk, tambah 2 tbsp gula pasir, 2 tsp yis, 1/2 tsp garam, 1 tbsp minyak sayuran. Gaul sehingga larut.
- Masukkan 2 cawan tepung serbaguna. Gaulkan rata bersama dengan bahan yis tadi (1)
- Letakkan ditepi dan tutup mangkuk adunan tadi selama satu jam.... perlu dapat rupa segini atleast. Rujuk gambar di bawah.
- Gaul semula adunan yang mengembang tadi dan biarkan rehat lagi selama 10 -20 minit.
- Bahagikan kepada 8 bulat kecil dengan taburan tepung gandum untuk tidak melekat.
- Kemudian boleh la diisikan intinya iaitu campuran gula perang, cinnamon powder dan walnuts yang dicincang.
- Panaskan nonstick pan dan masukkan minyak secukupnya. Letak atas pan selama 30 saat kemudian bila dia agak garing tekan dan jadikan ia flat seperti bentuk CD.
- Sesuai dimakan ketika ianya masih panas.
Gambar ini patut terjadi untuk cara memasak yang ke tiga (3). Ehsan gambar google |
Tekan macam ni k...tangan orang korea..putih melepak sikit jari dia... Arahan yang ke tujuh (7). haha.. Ehsan google |
ok kawan-kawan selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment