Jika disoal tentang hobi tak banyak jawapanku. Ada dua yang menjadi kegilaanku pada bulan ini iaitu menonton korean drama (kesemua tayangan di KBS World or online yang memenuhi masa lapangku), drama bersiri Adam dan Hawa dan juga membaca novel. Erm memang BEST!
Pernah terjadi satu ketika dulu hobiku adalah mencuba pelbagai jenis masakan. Makanan yang disediakan adalah yang semuanya boleh dikategorikan kegemaranku. Ada yang sempat difotokan tak kurang juga yang terus masuk perut. Orang yang paling gigih merasa dan memberi komen tak lain tak bukan mak dan kakakku. Biar sedap atau tak sedap mereka tetap mencuba kerana memberi semangat.
Ini bukan sebab apa, sebab ada satu penyakitku iaitu "mahmood tak datang". Sekiranya moodku sangatla baik, satu hari mampu untuk menyiapkan hidangan pagi, tengahari, minum petang dan juga makan malam. Namun, sekiranya moodku lari erm jawapannya kadang-kadang makan tahun...eh eh macam melampau kan... makan bulan or minggu baru ku bekerja di dapur. Selebihnya hanya membantu mak di dapur. Cukuplah sekadar menjadi assistant or tukang cuci di dapur. Mak tak pernah sepi dari berdoa agar diriku sentiasa sibuk dan mahmoodku datang untuk ke dapur. Namun apakan daya kadang-kadang doanya tidak dimakbulkan. Maaf mak.....
Foto-foto di bawah antara makanan-makanan yang pernah ku sediakan (yang berjaya difotokan). Tak la sedap sangat, tp belum ada yang warded or sakit perut makan makananku. InsyaAllah semoga hobi ini kembali lagi satu hari nanti. Amin.
|
Sardin Puff ala abg Mat Gebu |
|
Biskut Dahlia or Samprit |
|
Muffin Blueberry and Strawberry |
|
Pai Tee or Singapore Pai |
|
Pau inti Daging Kicap |
|
Tart Gulung |
salam..wah mmg terer masak..:)
ReplyDeletesalam.. hehe tak la mencuba jaya je :) thanks
Delete