Sunday, 21 October 2012


Day 1: Penang to KK to Lahad Datu


Hari yang paling ditunggu-tunggu… Kenapa menunggu? Macam tak pernah naik kapal terbang pulak kan? Bukan sebab itu tetapi sebab tak pernah naik Maswings dan yang paling penting atas urusan kerja. Ada antara pengalaman kawan yang bekerja di bumi Malaysia timur menceritakan mereka ditimbang bersama beg sebelum dapat check in Maswings. Oleh sebab itu diri sendiri mencipta mind setting yang  dongeng antara momokkannya adalah sebelum naik kapal terbang akan ditimbang berat tuan dengan barang… Hah!! Merisaukan bukan? Yer la sapa berbadan comel suka nak announce berat badan kat semua orang kan?….Di sini semuanya bermula. Satu journey yang tak pernah di alami oleh diriku atau kawanku yang akan pergi sama (Kak Ros). Ini antara catatan pengalamannya...

Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. (Pemeriksaan Imigresen)

Seperti semua orang sedia maklum jika kita ke Sabah atau Sarawak kita perlu melalui pemeriksaan imigresen. Oleh kerana sedia maklum tentang hal itu, International passport ada bersamaku. Orang sangat ramai. Rupanya bertembung dengan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah pada 21 -23 October 2012. Ermm patutlah ramai orang.. Jadi sebelum peramugara dan peramugari lalu aku mengambil laluan cabin crew.

Terminal 2

Pegawai Imigresen:
Suraya

Suraya:
Ye saya (Dalam hati: handsome jugak mamat ni…bukan
la aeron tp handsome,boleh tanya ni sebab dia senyum kat aku).
Encik, saya nak tanya kalau kita nak ke Lahad Datu naik
maswings kena ke Terminal 1 ke?

Pegawai Imigresen:
La kenapa tadi tak petik loceng nak turun Lahad Datu? (Dia senyum lebar)

Suraya:
Sengih (Dalam hati buat lawak plak pakcik ni). Boleh ke encik?
(saja buat soalan dungu padahal dah tau dia nak mengusik).

Pegawai Imigresen:
Betul la tu kena ke terminal 1 tukar terminal sebab naik  Maswings. Pertama  kali ke nak ke Lahad Datu?(Sambil tangan dia sibuk cop passportku).

Suraya:
Ye, kalau ke KK dah banyak kali tp ke Lahad Datu baru  first time. 
Ok Terima kasih encik (Menerima huluran passportku dan senyumannya yang memang manis).

Alhamdulilah. InsyaAllah perjalanan akan sampai dengan baik. Orang yang beratur kat belakang mesti mengutuk sebab dah la orang ramai sempat aku nak bersembang.

Terminal 1

Perjalanan dari terminal 2 ke terminal 1 dengan menaiki teksi airport hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan bayaran RM30.00. Alhamdulilah masa check in tak perlu pun timbang berat badan dan beg sebabnya laluan ke Lahad Datu menggunakan pesawat ATR72 bukannya twin otter. Pesawat ini mampu membawa penumpang seramai 68 orang. Fizikal pesawat ni lebih kurang saiz Fokker Firefly. Pengalamanku yang pernah menaiki pesawat saiz ni untuk ke Langkawi, Kuala Terengganu dan Subang menghapuskan segala kebimbangan sebelum ini. Penerbangan dijadualkan akan mengambil masa 55 minit. Dalam awal 10 minit perjalanan kami berdua  gembira namun ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Ditengah2 perjalanan pada kira-kira dengan ketinggian 17000 kaki pesawat kami mengalami turbulence dan dilanda petir 2 kali. Lepas tu no more lawak2 terus mengucap dan duduk diam sampai la keluar dari awan tebal tu. Menakutkan bila tengok kilat selari dengan kita sebab selalu nampak kilat pada atas awan dan dilangit. Alhamdulilah pesawat berjaya tiba seperti waktu yang dijadualkan.




Cute kan nak ambil luggage.. manual dan tak dak conveyer system


Bandar Lahad Datu (Day1, Day2 and Day5)

Mula-mula menjejakkan kaki di Daerah Lahad Datu membawa kepada pelbagai perasaan. Gembira, teruja, terharu, takut dan macam-macam lagi. Ini kerana kurangnya pendedahan dan merupakan pengalaman pertama kepadaku di daerah ini. Untuk pengetahuan semua, bandar ini sesuai dilawati.  Lahad Datu adalah Bandar yang kian membangun. Banyak fasiliti dan prasarana yang disediakan. Kedai-kedai pun dah banyak dibuka. Para penduduk sangat ramah dan baik hati. Banyak pertolongan yang diterima semasa di sini. Sungguh berbesar hati penduduk di sini. Ada tiga suku yang disebut-sebut di sini iaitu Bugis, Bajau dan Solok (berasal dari Filipina). Azan di sini tiga kali ulangannya pada setiap waktu. Banyak masjid dan penduduk yang beragama Islam. Ini bermakna mudah untuk mendapatkan makanan halal di samping itu restaurant juga banyak dibuka. Jangan bimbang, harga makanan di Bandar Lahad Datu boleh dikategorikan murah dan berpatutan. Teksi dan bas mini(van) juga mudah untuk di dapati, selain itu prebet sapu pun banyak di sini. Tapi pesanan orang di sini kena hati-hati dengan prebet sapu dan yang paling penting jalan tengok2 sebab di sini ada banyak signboard “Awas peragut" serta anjing liar banyak yang besar juga yang kecil tapi Alhamdulilah tidak mengganggu kita. 


No comments:

Post a Comment