Thursday, 14 February 2013

Lahad Datu again...


Apa lagi di Lahad Datu...


Mesti kawan-kawan tertanya2, nape oya ni tak update2 blog... Ada yang meneka-neka sendiri maybe dah ditransfer di LD or dah kahwin dan bermastautin di LD.. ooo salah.. semuanya tidak tepat.. 

Sebenarnya oleh kerana kesibukan yang tak pernah letih berkunjung menyebabkan oya malas nak bercerita, tp hang untuk entri yang lain jadi hari ni nak habiskan juga cerita sebelum kita ke destinasi lain yang InsyaAllah lebih bermanfaat untuk kawan2.

Memangla boleh digambarkan blog ni dah berhabuk sebab tuan punya pun dah lama tak menyapa postnya...

Untuk pengetahuan kawan2 antara tempat yang menarik yang blh dikongsi adalah pasar awamnya. Banyak buah-buahan yang dijual iaitu buah magga, jambu air, durian (filipina), terap (adik beradik cempedak tp isinya putih) dan lain-lain. 





Buah warna kuning yang bergantungan di atas tu la buah terap
Isi buah durian dari Filipina... manis dan lemak rasanya

Felda Residence Sahabat 


Sepanjang berada di Lahad Datu, oya berkesempatan untuk ke Felda Sahabat. Mesti pernah dengar kan...
Kalau di semenanjung kita sering mendengar Felda Wilayah Jengka, Felda di Trolak dan lain-lain. Namun jika sebut tanah rancangan di Sabah memang Felda Sahabat la yang paling besar. Rupa dia sama je macam tanah rancangan yang lain tp wilayah dia lebih besar. Saujana mata memandang. Ada yang menyamakan keluasannya menghampiri atau sama dengan Negeri Sembilan. Jika tak salah ada 58 sahabat. Namun begitu oya berpeluang ke Felda Sahabat 16 dan menginap di Felda Residence Sahabat, Lahad Datu. 

Untuk sampai ke Felda Sahabat 16 oya dan kawan menggunakan perkhidmatan kereta sewa. Agak jauh perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Itu pun pakcik tu dah selalu bawa pelancong ke sana. Agak menakutkan sebab menurut pakcik tu jika naik prebet sapu ada banyak kes-kes rogol yang dilaporkan. Alhamdulilah kami selamat pergi dan sampai dengan tiada gangguan. Memang tak dinafikan boleh berlaku kejadian yang tidak diingini tu sebab perjalanan tu memang jalan yang sunyi dengan tiada kepadatan penduduk. Masuk saja ke kawasan jajahan Felda barulah suasanya berubah... Umpama tamadun penduduk Felda sahaja yang berkembang....

Felda Residence Sahabat ni satu-satunya tempat penginapan yang ada di kawasan ni. Cantik! Tp nak cari makan memang susah memang tempat tu je la kalau tak ada pengangkutan atau kawan untuk bawa kita ronda g jalan makan-makan. 

Jika di semenanjung kawasan kelapa sawit sangat sinonim dengan kawasan ular atau tikus, tp kalau di felda sahabat ini ada lagi satu haiwan iaitu buaya. Jadi berhati-hati kemungkinan dalam lopak2 air atau dalam bawa dahan-dahan sawit yang telah dipotong maybe ada sang buaya sedang berteduh, so boleh la diumpamakan buaya darat... hehe.. Ini gambar-gambarnye...








Bersih kan....



Pelantar untuk transfer minyak masak terus dari Kilang Felda Vegetable Oil...


Permandangan Waktu Subuh k.. bukan senja




No comments:

Post a Comment