Taman Negara Pahang
(Diriku perlu melalui bandar Kuala Lipis, Jerantut, Mentakab, Temerloh, Pekan dan Kuantan).
Negeri Pahang... negeri yang penuh dengan kehijauan. Sesuai untuk senaman mata. Perjalanan ke sana mengambil masa beberapa jam dan journey ini dilalui atas urusan kerja. Ermm satu perkataan yang sesuai untuk diungkapkan "Adventure". Destinasi yang paling mencabar adalah untuk sampai ke Taman Negara, namun begitu atas urusan kerja beberapa daerah perlu ditempuhi dulu antaranya Kuala Lipis ke lombong emas, Jerantut, Kuala Tahan dan untuk pulang kena siapkan kerja di daerah Mentakab, Temerloh, Pekan dan Kuantan.
Sebelum memulakan perjalanan dengan membawa kereta perlu memastikan perkara2 asas untuk berjalan jauh. Ini kerana jarak di antara satu tempat ke tempat yang lain adalah sangat jauh. Kepadatan penduduk adalah sangat minima. Penduduk hanya banyak tertumpu pada kawasan2 bandar dan juga perkampungan or felda. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah minyak mesti diisi penuh, angin dan alignment tayar kereta dan duit yang mencukupi.
Perjalanan dari Kuala Lipis ke Jerantut adalah yang paling mencabar, rasa seperti naik roller coaster. Jalan yang berliku-liku dan memerlukan kita fokus pada pemanduan. Jalan yang ke depan kita tak nampak rupa-rupanya kita sedang mendaki bukit dan turun buku dalam keadaan yang sangat curam.
Perjalanan dari Jerantut ke Taman Negara juga sangat2 adventure ini kerana berselisih dengan banyak lori balak yang banyak. Jika dihitung lebih dari 30 buah dengan angkutan kayu balak sebanyak 16 ketul yang sebesar kerita viva diameternya. Fuhhhh kagum kan.... keluaran mana lagi kalau bukan dari hutan Mat Darling....Alhamdulilah sampai ke Kuala Tahan, Taman Negara Pahang. Kalau menurut penduduk tempatan jangka masa untuk sampai ke Kuala Tahan dari bandar Jerantut mengambil masa 2 jam. Namun begitu Alhamdulilah sebab trafic sangat baik dan lancar walaupun berselisih dengan lori balak hanya memerlukan oya sampai sekitar 1 jam 30 minit sahaja. Dari Jetty kuala tahan ke Mutiara Taman Negara dengan menaiki bot tak sampai 10 minit dengan bayaran RM1 sahaja. So pergi balik hanya memerlukan RM2/orang.
Jika kawan-kawan tak nak drive sehingga ke Kuala Tahan blh juga menaiki bot dari Kuala Tembeling. Maybe harga boat dalam RM100. Boat tu kecil sahaja boleh naik dalam 12 orang dan dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan perlukan masa 3 jam perjalanan dengan boat.
Oleh kerana takut dengan bentuk boat tu oya dan kak ros mengambil keputusan untuk sampai ke Taman Negara dengan jalan darat... hehe... penakut air!

Masih jauh lagi |
Dah nak sampai |
Dah dekat sangat-sangat |
Jetty di Mutiara Taman Negara |
Ini la rupa boatnya |
Restoran terapung di Kuala Tahan |
Air naik ke kawasan parking, mana la tuan lori ni entah2 balik memancing lori dah tengelam.. |
Muka takut lepas naik boat... Alhamdulilah |
Mee kari dengan harga RM20 semangkuk air RM7. |
Bihun goreng pun harga RM20 sepinggan. |
Permandangan Jetty Kuala Tahan dari Taman Negara |
Bestnya dapat balik tak jadik tido sebab takut tapir dan pelanduk aka kancil yang petang2 keluar main kat tepi bilik |
Kawasan Parkir kereta. Open air... |
Satu masa dulu ketika diriku berada di Temerloh |
Sekitar sungai...cantik kan! |
Gambar ni je yang sempat ambik di Kuantan...Masjid Besar ke Masjid Biru... |
No comments:
Post a Comment