Thursday, 7 March 2013

Miri Sarawak


Bandar Miri adalah bandar minyak... hehe boleh ke cakap macamtu? Kenapa nak panggil bandar minyak sebab pada saya ramai betul orang yang pergi sana atas urusan kerja di offshore minyak. Boleh dikatakan jumpa ramai orang minyak la. Namun begitu kalau masa kita di zaman 70an atau 80an or 90an kalau sebut pasal orang minyak mesti semua takut sebab nya mesti terbayang orang yang diseliputi minyak dan hitam dan hanya ganggu anak2 dara dan masuk rumah pad waktu malam. Hehe :) Cerita mana lagi kalau bukan hasil tangan Allahyarham P. Ramlee "Sumpahan orang minyak". Realiti ada ke tak tak tahu la sebab macam2 makhluk halus yang dimomok momokkan termasuk hantu susu...Tp di sini kalau tengok orang minyak jangan sempitkan fikiran anda kerana mereka bukan lagi berwarna hitam tp ada yang warna hijau,kuning,biru dan macam2 warna lagi overcoat yang dipakai mengikut tugas mereka. Situasi ni sama kalau kita pergi ke Bandar Kertih Terengganu cuma yang bezanya di Miri ramai rakyat negara asing yang bekerja di sini berbanding di Terengganu. 

Ok bercakap pasal Bandar Miri, bandarnya maju dan ramai orang berbangsa Cina disamping orang-orang Bumiputera Sarawak la. Kemudahan asas memangla boleh dikatakan lengkap dan memang khabarnya menjadi kegemaran orang Brunei untuk turun ke sini. Teksi memang banyak hampir 200 buah ape. saya tak la berapa pasti bilangannya tp dari pandangan mata kasar saya je la... senang sangat untuk dapat perkhidmatan teksi di sini kerana ramai penggunjung, satu lagi kurang rasa takut untuk naik teksi di Miri kerana mereka sangat ramah dan baik dengan pelanggan yang menaiki teksi mereka.

Pada  saya, Miri adalah satu hub atau persinggahan untuk saya ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darulsalam selain dari kita menaiki pesawat.  Ok nanti saya sambung ye cerita saya di sana... to be continue...


Mega Hotel Miri Sarawak....

Gambar sekitar kawasan bilik 

Kenapa dalam banyak2 gambar saya nak highlight gambar nie.. Permandangan ini diambil dari view bilik hotel. Cuba tengok jalanraya dan sungai disebelah tu.. Jarak sungai dan jalanraya hanya dipisahkan oleh beberapa buah rumah dan ada ketikanya boleh nampak tebing sungai... Sungai ni digunakan sebagai salah satu prasarana untuk kapal-kapal besar. Bila sebut kapal besar maksudnya sungai ini sangaaaaat dalam.. hehe.. ngeri kan? kalau bayangkan bawa anak2 main area tu terjatuh.. Semoga tak berlaku pada sesiapa yang tinggal di situ la sebab rasanya kalau orang tempatan kemahiran berenang adalah salah satu added skills yang mereka ada. 

No comments:

Post a Comment