Kalau sebut pasal Negara Brunei Darussalam, perkara yang bermain dalam fikiran kita adalah negara yang kaya dengan minyak. Selain daripada itu, Sistem Monarki Beraja sama seperti United Kingdom. Kalau di Malaysia kita mengamalkan Sistem Raja Berpelembagaan dan Yang Dipertuan Agung dilantik mengikut urutan negeri dan sistem giliran. Persamaan antara Malaysia dan Brunei adalah agama rasmi adalah agama Islam.
Brunei..Brunei..Brunei...Dapat sampai ke Negara Brunei adalah salah satu perkara yang sudah lama diimpikan. Namun begitu, saya tidak mempunyai kesempatan dan peluang untuk ke sana. Alhamdulilah atas urusan kerja di Bandar Miri menyebabkan peluang dan keinginan untuk berkunjung ke negara jiran dapat menjadi kenyataan. Perginya dah lama tp baru sempat nak cerita dalam blog..hihihi..
Ok dah la tu, hehe panjangnya intro. Ceritanya bermula begini, pertanyaan santai kepada petugas kaunter teksi di Airport Miri sama ada terdapat perkhidmatan teksi ke Brunei ketika mendapatkan perkhidmatan teksi ke Hotel Maya Miri tidak sia-sia apabila petugas kaunter terus menulis nama berserta no telefon pemandu teksi yang sering membawa penumpang dari Bandar Miri ke Bandar Seri Bagawan (BSB).
Pada hari kejadian, urusan kerja berakhir lebih awal dari jangkaanku, wow berita gembira untuk kami berdua (dengan kak ros) kerana flight untuk balik ke Semenanjung adalah pada esok hari pukul 10 pagi. Tiba-tiba teringat no telefon yang saya dah tersurvey di airport hari tu....hehehe.. Terus saya goda kak ros untuk aktiviti masa lapang petang itu untuk ke BSB, Brunei Darussalam. Alhamdulilah kak ros bersetuju dengan cadanganku setelah dua kali kupujuk. Kami mengambil keputusan untuk call tanya driver teksi tu, sedih bila teksi driver tu tak setuju kerana dah lewat. Masa tu dah pukul 11 pagi. Kesedihan kami tak berpanjangan apabila, uncle teksi kata selalu bawa penumpang ke sana seawal 7 pagi dan balik ke Bandar Miri pukul 7 malam. Kalau pergi time ni rugilah.. Huhu uWaaa.. kak ros terus memujuk mengatakan kami akan bayar pada harga yang sama dan bawa kami jalan ke tempat-tempat yang sempat je la. Akhirnya kami BERJAYA!! Ya beda bedo..... Dengan perjanjian awal pergi balik Miri ke BSB pada harga RM500. Namun bila sampai semula ke Bandar Miri uncle hanya charge RM480. Thanks uncle for your nice service.
|
Currency rate pada masa saya pergi masa tu adalah harga belian B$1= RM2.50. |
Dari Bandar Miri untuk sampai ke BSB mengambil masa 2 jam 1/2 perjalanan. Itu pun lalu highway di Brunei. Melalui bandar Lutong kami melalui pintu masuk Sungai Tujuh untuk pemeriksaan imigresen. Bandar Lutong adalah bandar terdekat dari Brunei namun begitu dikhabarkan orang-orang Brunei lebih gemar berbelanja di Bandar Miri. Sebelum sampai ke situ ada satu tol yang kena bayar RM10.00. Selepas tu masuk ke kawasan Brunei kena lagi tol di Negara Brunei B$3.00.
|
Ini pandangan pemeriksaan Imigresen dari arah Malaysia |
|
Ini pula dari pandangan dari arah Negara Brunei. Yang bagusnya kita tak payah turun dan tak payah nak susah2 buka tingkap 4-4 macam kita masuk Singapore.. |
|
Yok! Ini tempat yang ingin kutuju |
|
Papan tanda yang ada di merata2 tempat di Negara Brunei Darussalam. Sangat Bagus! Betul2 memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan |
|
Jauh lagi nak sampai kan..126 km..maybe kalau engineer atau arkitek tengok mesti diaorang tak suka dengan signboard ni sebab tulisan dia lebih dari 5 row...hehe.. tak sempat nak baca and tak memenuhi piawaian antarabangsa..I'm sorry.. |
|
Bentuk-bentuk binaan rumah di sini |
|
Bentuk rumah kebanyakkan bungalow..hehe sebuah2..banyak tanah la katakan. |
|
Nak highlight kat sini yang semua papan kenyataan di sana menggunakan tulisan jawi dan baru tulisan rumi. Di Malaysia mungkin masih ada tp sangat susah nak jumpa. |
|
Singgah makan tengah hari kat SINI...sedap gak makanan dia tak sempat nak snap gambar sebab laparpo sangat..hihihi |
|
Antara rupa sekolah yang ada... |
Sebelum kami tiba di BSB, uncle teksi nak bawa tunjukkan kami hotel 6 bintang katanya di Brunei. Betul la macam kat UEA Dhubai pulak rasa semuanya gold plated. Di bawah ni antara gambar-gambar yang dirakamkan di Empire Hotel.
|
Dekat bilik AHU pun nak bergambar. Gediksss.. |
|
Tak mampu nak check in so tengok dari anjung bilik pun jadi la yek.. |
|
Ok dah habis lokasi pertama.. |
After ke Hotel Empire, kami ke Muzium Brunei. Banyak benda yang dipamerkan di dalam muzium tu tp gambar2 dalam muzium tak dapat nak ambil jd blh cerita je la. Yang saya nak highlight adalah bilangan telaga minyak.
Dalam pameran minyak di Muzium Brunei tu mempamerkan gambar2 telaga minyak yang dijumpaan dan terdapat 16 buah telaga minyak yang terdapat di Negara Brunei...fullamak memang patutla negara sekecil Penang tu ada berbelas telaga minyak yang mampu mengeluarkan seminima 20 tong sehari daripada 3 telaga boleh menghasilkan 5000 tong minyak sehari. Telaga minyak yang pertama dijumpai di sana adalah di Seria, Belait, Kuala Belait.
Malaysia yang baru ada 5 telaga minyak pun dah rasa negara kaya :) hehe, kalau kita macam Brunei ni mesti rasa lagi kaya. Telaga Minyak yang pertama dijumpai di Malaysia adalah di Miri pada tahun 1910. Kedudukan di di Lutong, Miri. Loji minyak yang lain di Malaysia adalah di Paka, Kerteh, di Sungai Udang, Melaka. Di Sabah (hampir dengan KK) dan Labuan ada plant proses gas metanol dan juga sati di Bintulu prose natural gas. Kalau tak salah ada satu lagi loji penapis minyak di Port Dickson. (Sumber dari Ajie).
Di bawah nie gambar2 di sekitar Muzium Brunei.
|
Benda apa ni? Pelan Muzium, tak dapat tangkap gambar kat dalam.. Jadi macam ni la susunannya |
|
Comel tak tumpil nie? |
Selepas tu, kami meneruskan perjalanan di Kampung Air atau Water Village. Yang dapat kita lihat di sini kampung yang agak maju dengan prasarana, terancang dan cantik. Maybe kat Malaysia kampung air kita kampung nelayan jadi kuranglee sikit..
Alhamdulilah, syukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk melengkapkan pusingan ke negara-negara jiran yang bersambung dengan MALAYSIA. Jika dulu berada dan menetap di utara Semenanjung Malaysia untuk ke Negara Thailand adalah aktiviti yang tidak asing lagi. Paling suka aktiviti ke pasar hari Ahad di bandar Padang Besa iaitu sempadan di sebelah Thailand-Malaysia. Berkunjung ke rumah makcik di Johor Bharu bukan menjadi masalah ke Singapura paling dekat pun ke Woodlands. Bila musim orang ke Bali, Jakarta dan Bandung tak kurang juga saya antara orang yang nak ke Jalan Setiabudi nak berkunjung ke Rumah Mode, Donnatello dan Kartika Sari. Hehehe. Namun tak ramai kawan-kawan yang sering bercerita ke Brunei. Maybe jauh kot dari Penang nak ke Brunei. Namun perkara tersebut tidak menyekat niat untuk ke sini. So untuk kawan-kawan yang mahu melihat keindahan negara yang penuh dengan budaya Melayu dan negara Islam walaupun ramai foreigner (mat salleh) kat sini sebab diaorang kerja namun budaya Melayu tetap di jaga dengan rapi. Pada saya memadaila dengan sehari atau sepetang sudah puas berjalan di negara yang mini ini..
salam.. simpan lg x no tel uncle teksi tu??
ReplyDeleteCik Roslina, sorry la tak simpan tp cik blh minta pd no tu dr servis teksi di Airport Miri..
DeleteTerima kasih datang lawat negara kami. Selalu dikatakan boring, tapi hope you found it nice. Tapi kesian, sekejap je. InsyaAllah lain kali stay lama sikit. Kalau tau selok-belok tak mahal pun. Pantai Peranginan Tutong yang dalam foto tu pun cantik sebenarnya. :)
ReplyDeleteassalamualaikum wr, wb.KI saya:PAK REHANG DI MEDANG .dan SEKELUARGA mengucapkan banyak2
ReplyDeleteterimakasih kepada KI WAHYU atas angka togel yang di
berikan 4D alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan berkat
bantuan KI WAHYU saya bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya yang
ada di BANK dan bukan hanya itu KI alhamdulillah sekarang saya
sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya
sehari2. itu semua berkat bantuan KI WAHYU sekali lagi makasih banyak
yah KI yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi KI WAHYU di
nomor: (((_082-313-669-888_)))
dijamin 100% jebol saya sudah buktikansendiri.
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1Dikejar-kejar hutang
2Selaluh kalah dalam bermain togel
3Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus aza KI WAHYU akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D_3D_4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI WAHYU DI NO: (((_082-313-669-888_)))
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos