Tuesday, 24 September 2013

Burger Bakar Abang Burn

Burger Bakar Supremo, Original dan Meatballs Abg Burn

Alhamdulilah, walaupun orang lain dah lama meniakmati dan mencuba burger bakar Abg Burn tp saya baru diberi kesempatan oleh Allah. Masalahnya bukan tak ada di kawasan area saya tinggal namun begitu konon-konon nak feel mestilah nak makan di area burger bakar ni diperkenalkan, setahu saya Shah Alam.(Maaf kalau salah info, saya pun tak pasti sebab banyak sangat jajahannya). Disebabkan oleh itu, cuti hari Malaysia (16 September 2013) saya berjaya ke seksyen 13, Restoren Le Lec. Asalnya nak pergi ke Seksyen 7 namun begitu oleh kerana sepupu saya Pn Badariah kata ada di seksyen 13 maka tanpa membuang masa saya ke sana. Terima kasih juga buat cousin yang berjaya bawa saya ke sana siapa lagi kalau bukan abg, iwan dan ajie. 


Apa komen saya setelah merasa burger bakar dan meatballs yang sibuk diperkatakan orang ramai? Sudah tentulah komen saya berarah positif. Memang sedap aaa pada pandangan dan rasa saya untuk percubaan pertama. Maybe akan ada percubaan yang kedua dan seterusnya. Walaupun menunya tidak banyak tapi pada saya sudah memadai. Namun begitu, satu nasihat saya adalah pada yang tidak gemar cheese yang banyak adalah dinasihatkan supaya memilih burger bakar original dan bukan supremo. Ini kerana cheese yang diletakkan pada burger bakar supremo adalah terlalu mewah untuk sesiapa yang tidak meminati citarasa yang terlalu cheesy. 

Pemilihan lokasi dan menu boleh rujuk di laman sesawang di sini. Abang Burn website.

Muka gembira dapat makan burger bakaq..

Original Burger Bakar Abang Burn

Ini yang paling terbaik dan sedap sekali :) meatballs abg burn






No comments:

Post a Comment