Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru



"Selamat Hari Guru" diucapkan untuk semua yang bergelar pendidik atau kalau orang2 Penang selalu cakap untuk maklumkan mereka kerja apa akan cakap "saya mengajaq". Tak kira la apa panggilan yang digunakan sama ada cikgu, sir, teacher, cik,puan, encik, ustazah, ustaz, mudir, mudirah, dan lain-lain semuanya adalah guru... Saya pun nak ucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, guru-guru saya yang sentiasa menjadi guru pada saya tanpa jemu..

So, sebagai pendidik kita harus menjalankan amanah yang diserahkan tanpa mengenal bangsa, warna atau budaya anak2 didik kita. Lakukan dengan istiqomah dan bersungguh2 tanpa penat dan inginkan pujian apatah lagi kejian. Untuk bekas-bekas pelajar yang masih belum lupa kita dengan ucapan sms dan email or fb itu adalah pemanis dalam tanggungjawab ini dan ucapan terima kasih dan bangga kerana masing2 telah berjaya dalam arena yang diceburi. Semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat, berguna dan barakah kepada pelajar2 kita semua sama ada ilmu itu disampaikan secara langsung atau tidak langsung...Go go fighting...












Monday, 13 May 2013

Sweet Korean Pancake = Hoddeok


Alhamdulilah semua orang bergumbira kerana semalam ramai yang menyambut hari ibu. "Mothers Day on 12 Mei 2013". Ada yang menyambut dan tidak kurang yang tidak menyambutnya. Bagi saya setiap hari adalah hari ibu kerana ibu adalah orang yang paling bermakna dalam hidup saya tak kurang memberi semangat dan kritikan sama ada membina ataupun tidak.

Inilah mummy saya, nama glamour dia "Mak Jah"

So untuk meraikan ibu saya (mak) berbuka puasa sempena 2 Rejab 1434 hijrah sekaligus untuk raikan mothers day cara kecil2 melalui terjemahan kasih sayang melalui masakan dan makanan, saya sediakan kepada mak saya "sweet korean pancake".  

Ketika kami berkunjung ke korea pada musim luruh yang lepas cuaca sangat sejuk jd mulut sentiasa minta nak mengunyah dan perut minta di isi. Tak semua makanan yang halal di makan dan diantara jajan/kueh yang blh di makan adalah "Sweet Korean Pancake = SKP" yang masih panas-panas atau Dunkin` Donats. Ini lah bermula sejarahnya SKP disukai oleh ibu saya dan kami sekeluarga.


Yok kita tengok rupa dia dulu... yang saya buat dan yang sebenarnya rupa ketika saya beli.

Ini hasilnya tp semua sekali dapat 8 biji. Satu adunan dapat 8 biji.

Tak comel tp sedap...hehe tak baik riak tp dengar dari pujian ibu... siap minta lagi untuk brakefast lain kali...


Ini gambar Sweet Korean Pancake yang di makan di Mount Sorak di Korea Selatan. Tak jauh kan bezanya.. hehe

Bahan-bahan pancake:
1 cawan air suam
2 tbsp gula pasir
2 tsp yis
1/2 tsp garam
1 tbsp minyak sayuran
2 cawan tepung serbaguna
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
1/2 cawan gula perang (Brown Sugar)
1tsp cinnamon powder
2 tbsp walnuts yang dicincang ( saya guna hazel yang dicincang sebab tak dak walnuts)

Cara membuatnya:

  1. Masukkan 1 cawan air suam ke dalam mangkuk, tambah 2 tbsp gula pasir, 2 tsp yis, 1/2 tsp garam,  1 tbsp minyak sayuran. Gaul sehingga larut.
  2. Masukkan 2 cawan tepung serbaguna. Gaulkan rata bersama dengan bahan yis tadi (1)
  3. Letakkan ditepi dan tutup mangkuk adunan tadi selama satu jam.... perlu dapat rupa segini atleast. Rujuk gambar di bawah.
  4. Gaul semula adunan yang mengembang tadi dan biarkan rehat lagi selama 10 -20 minit. 
  5. Bahagikan kepada 8 bulat kecil dengan taburan tepung gandum untuk tidak melekat.
  6. Kemudian boleh la diisikan intinya iaitu campuran gula perang, cinnamon powder dan walnuts yang dicincang. 
  7. Panaskan nonstick pan dan masukkan minyak secukupnya. Letak atas pan selama 30 saat kemudian bila dia agak garing tekan dan jadikan ia flat seperti bentuk CD. 
  8. Sesuai dimakan ketika ianya masih panas.

Gambar ini patut terjadi untuk cara memasak yang ke tiga (3). Ehsan gambar google


Tekan macam ni k...tangan orang korea..putih melepak sikit jari dia... Arahan yang ke tujuh (7). haha.. Ehsan google


ok kawan-kawan selamat mencuba....





Friday, 10 May 2013

Mari Belajar Bahasa Korea

Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo...


Sebelum kita ke negara Korea mari kita belajar asas-asas bahasa Korea. Ini kerana saya memang salah seorang pengemar drama-drama bersiri korea. Bila berkunjung ke Korea dapatlah belajar dan praktis lebih banyak tp asas yang selalu saya guna sahaja dan faham je saya gariskan di sini.. hehe ada orang lagi pandai tp just nak share. Kalau kita nak perkenalkan diri kita. Cara korean (hanbukge) ucapannya: 
Annyeonghaseyo, suraya im ni da...

1. Annyeonghaseyo  
Ini cara orang Korea cakap hello atau maybe nak mulakan percakapan biasanya digunakan 
pada setiap masa tak kira waktu macam kita cakap Assalamualaikum. Tp bezanya kita mendoakan orang dengan salam yang diberi dan memberi salam itu sunat serta menjawab  salam itu hukumnya wajib. Hehe. Bila nak cakap annyeonghaseyo cara yang bersopan santun orang Korea akan menundukkan sedikit badan mereka. Tidak lah sebongkok macam kita rukuk dalam solat. Jika umur kita sebaya atau bercakap dengan orang yang lebih muda blh la guna shortform "annyeong" tp kalau orang lebih tua dari kita atau lebih formal kena sebut penuh annyeonghaseyo.

2. Gamsahamnida/Kamsahamnida/Kumhosamnida - Perkataan untuk mengucapkan 
     terima kasih...

3. Mianhamnida - 
    To say I am sorry.. ada yang pakai biyanae....maybe ini bahasa surat kot...

4. Saranghaeyo - Ucapan yang sering disebut untuk melafazkan perasaan " I Love You".

5. Annyong higye seyo - 
    Ucapan "bye-bye" untuk 1 to 1. Kalau untuk ramai "annyong hi gae yon

6. Yeoboseyo - Hello. Bila angkat phone cakap ni ye.. 

7. Gwaenchanha - It's alright

8. Nama-nama panggilan:
  •      Haelmoni - Nenek
  •      Harapouchi - Atuk
  •      Appochi/Appa - Ayah
  •      Omma/Omoni - Mak/Makcik/Makmentua
  •      Ajeossi - Encik/Panggilan untuk lelaki/Uncle
  •      Agasshi - Cik/Adik Ipar
  •      Oppa - Abang
  •      Onni - Kakak
  •      Hyung - Abang Sulung (Panggilan hanya oleh ahli keluarga)
  •      Noona - Kakak (Panggilan hanya oleh ahli keluarga)
  •      Dongseang - Adik beradik
  •      Ajumma - Makcik/Aunty
9. Nombor
       1 = Il 2=E 3=Sam 4=Sa 5=O 6=Yug 7=Qil 8=Pal 9=Gu 10=Sib
    
    100 = Baeg  1000=Chen  5000=0Chen  10000=Man  50000=Oman 


10. Yaepun/yaeputta/yaebbyeyo - pretty/cantik

11. Hwajangsil - Toilet/Rest room

12. Guiyeowm - Cute

13. Shopping terms: 
  • Ssagyehae Juseyo - Give me discount
  • Eulmayeyo - How much?
  • Jungmalyo - Really?
  • Bissayo - Expensive
  • Juseyo - Give me
14. Buah-buahan:
  • Sagua - Apple
  • Bae - Pear
  • Kam - Persimmon
15. Koejumal - Liar/Penipu

16. Yaksok - Janji/ Appointment/Perjanjian


Ok dah la tu, banyak sangat nanti bosan plak kan... hehe so ini je yang senang nak ingat.. So selamat belajar dan selamat beramal. 

Gamsahamnida..Annyong....