Thursday 14 February 2013

Tour Pahang Darul Makmur


Taman Negara Pahang 

(Diriku perlu melalui bandar Kuala Lipis, Jerantut, Mentakab, Temerloh, Pekan dan Kuantan).

Negeri Pahang... negeri yang penuh dengan kehijauan. Sesuai untuk senaman mata. Perjalanan ke sana mengambil masa beberapa jam dan journey ini dilalui atas urusan kerja. Ermm satu perkataan yang sesuai untuk diungkapkan "Adventure". Destinasi yang paling  mencabar adalah untuk sampai ke Taman Negara, namun begitu atas urusan kerja beberapa daerah perlu ditempuhi dulu antaranya Kuala Lipis ke lombong emas, Jerantut, Kuala Tahan dan untuk pulang kena siapkan kerja di daerah Mentakab, Temerloh, Pekan dan Kuantan. 

Sebelum memulakan perjalanan dengan membawa kereta perlu memastikan perkara2 asas untuk berjalan jauh. Ini kerana jarak di antara satu tempat ke tempat yang lain adalah sangat jauh. Kepadatan penduduk adalah sangat minima. Penduduk hanya banyak tertumpu pada kawasan2 bandar dan juga perkampungan or felda. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah minyak mesti diisi penuh, angin  dan alignment tayar kereta  dan duit yang mencukupi. 



Perjalanan dari Kuala Lipis ke Jerantut adalah yang paling mencabar, rasa seperti naik roller coaster. Jalan yang berliku-liku dan memerlukan kita fokus pada pemanduan. Jalan yang ke depan kita tak nampak rupa-rupanya kita sedang mendaki bukit dan turun buku dalam keadaan yang sangat curam.

Perjalanan dari Jerantut ke Taman Negara juga sangat2 adventure ini kerana berselisih dengan banyak lori balak yang banyak. Jika dihitung lebih dari 30 buah dengan angkutan kayu balak sebanyak 16 ketul yang sebesar kerita viva diameternya. Fuhhhh kagum kan.... keluaran mana lagi kalau bukan dari hutan Mat Darling....Alhamdulilah sampai ke Kuala Tahan, Taman Negara Pahang. Kalau menurut penduduk tempatan jangka masa untuk sampai ke Kuala Tahan dari bandar Jerantut mengambil masa 2 jam. Namun begitu Alhamdulilah sebab trafic sangat baik dan lancar walaupun berselisih dengan lori balak hanya memerlukan oya sampai sekitar 1 jam 30 minit sahaja. Dari Jetty kuala tahan ke Mutiara Taman Negara dengan menaiki bot tak sampai 10 minit dengan bayaran RM1 sahaja. So pergi balik hanya memerlukan RM2/orang. 

Jika kawan-kawan tak nak drive sehingga ke Kuala Tahan blh juga menaiki bot dari Kuala Tembeling. Maybe harga boat dalam RM100. Boat tu kecil sahaja boleh naik dalam 12 orang dan dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan perlukan masa 3 jam perjalanan dengan boat. 

Oleh kerana takut dengan bentuk boat tu oya dan kak ros mengambil keputusan untuk sampai ke Taman Negara dengan jalan darat... hehe... penakut air!


Masih jauh lagi



Dah nak sampai 

Dah dekat sangat-sangat

Jetty di Mutiara Taman Negara

Ini la rupa boatnya



Restoran terapung di Kuala Tahan

Air naik ke kawasan parking, mana la tuan lori ni entah2 balik memancing lori dah tengelam..
Muka takut lepas naik boat... Alhamdulilah

Mee kari dengan harga RM20 semangkuk air RM7. 

Bihun goreng pun harga RM20 sepinggan.

Permandangan Jetty Kuala Tahan dari Taman Negara

Bestnya dapat balik tak jadik tido sebab takut tapir dan pelanduk aka kancil yang petang2 keluar main kat tepi bilik

Kawasan Parkir kereta. Open air...
Satu masa dulu ketika diriku berada di Temerloh
Sekitar sungai...cantik kan!
Gambar ni je yang sempat ambik di Kuantan...Masjid Besar ke Masjid Biru...

Dah habis kerja balik ikut Negeri Terengganu dan Kelantan..






Lahad Datu again...


Apa lagi di Lahad Datu...


Mesti kawan-kawan tertanya2, nape oya ni tak update2 blog... Ada yang meneka-neka sendiri maybe dah ditransfer di LD or dah kahwin dan bermastautin di LD.. ooo salah.. semuanya tidak tepat.. 

Sebenarnya oleh kerana kesibukan yang tak pernah letih berkunjung menyebabkan oya malas nak bercerita, tp hang untuk entri yang lain jadi hari ni nak habiskan juga cerita sebelum kita ke destinasi lain yang InsyaAllah lebih bermanfaat untuk kawan2.

Memangla boleh digambarkan blog ni dah berhabuk sebab tuan punya pun dah lama tak menyapa postnya...

Untuk pengetahuan kawan2 antara tempat yang menarik yang blh dikongsi adalah pasar awamnya. Banyak buah-buahan yang dijual iaitu buah magga, jambu air, durian (filipina), terap (adik beradik cempedak tp isinya putih) dan lain-lain. 





Buah warna kuning yang bergantungan di atas tu la buah terap
Isi buah durian dari Filipina... manis dan lemak rasanya

Felda Residence Sahabat 


Sepanjang berada di Lahad Datu, oya berkesempatan untuk ke Felda Sahabat. Mesti pernah dengar kan...
Kalau di semenanjung kita sering mendengar Felda Wilayah Jengka, Felda di Trolak dan lain-lain. Namun jika sebut tanah rancangan di Sabah memang Felda Sahabat la yang paling besar. Rupa dia sama je macam tanah rancangan yang lain tp wilayah dia lebih besar. Saujana mata memandang. Ada yang menyamakan keluasannya menghampiri atau sama dengan Negeri Sembilan. Jika tak salah ada 58 sahabat. Namun begitu oya berpeluang ke Felda Sahabat 16 dan menginap di Felda Residence Sahabat, Lahad Datu. 

Untuk sampai ke Felda Sahabat 16 oya dan kawan menggunakan perkhidmatan kereta sewa. Agak jauh perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Itu pun pakcik tu dah selalu bawa pelancong ke sana. Agak menakutkan sebab menurut pakcik tu jika naik prebet sapu ada banyak kes-kes rogol yang dilaporkan. Alhamdulilah kami selamat pergi dan sampai dengan tiada gangguan. Memang tak dinafikan boleh berlaku kejadian yang tidak diingini tu sebab perjalanan tu memang jalan yang sunyi dengan tiada kepadatan penduduk. Masuk saja ke kawasan jajahan Felda barulah suasanya berubah... Umpama tamadun penduduk Felda sahaja yang berkembang....

Felda Residence Sahabat ni satu-satunya tempat penginapan yang ada di kawasan ni. Cantik! Tp nak cari makan memang susah memang tempat tu je la kalau tak ada pengangkutan atau kawan untuk bawa kita ronda g jalan makan-makan. 

Jika di semenanjung kawasan kelapa sawit sangat sinonim dengan kawasan ular atau tikus, tp kalau di felda sahabat ini ada lagi satu haiwan iaitu buaya. Jadi berhati-hati kemungkinan dalam lopak2 air atau dalam bawa dahan-dahan sawit yang telah dipotong maybe ada sang buaya sedang berteduh, so boleh la diumpamakan buaya darat... hehe.. Ini gambar-gambarnye...








Bersih kan....



Pelantar untuk transfer minyak masak terus dari Kilang Felda Vegetable Oil...


Permandangan Waktu Subuh k.. bukan senja